Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM.

 On Monday, October 22, 2018  

Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM.

Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM.

Pelajar sekolah di Terengganu dilaporkan paling gemar melayari portal lucah dan kerap ponteng sekolah berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Data kajian itu kini tular di laman sosial selepas dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Faizah Ismail.


"Sharing is caring🌹

Data yang sangat menggerunkan daripada perkongsian pagi tadi, data terkini daripada KKM menunjukkan Terengganu adalah negeri tertinggi peratusan remaja ponteng sekolah dan remaja melayari pornografi!

Allahu Akbar... Sangat menakutkan!

Semua harus berperanan, ibu-ibu khususnya mulakan dengan berkomunikasi dengan anak-anak...

#MAPTerengganu
#SayNoToPornography,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook.


Kaji-selidik itu dikenali sebagai TAHAP KESIHATAN REMAJA yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah seluruh Malaysia.



Kaji selidik itu dijalankan di semua sekolah menengah peringkat nasional dimana 27,497 pelajar dari tingkatan satu hingga lima terlibat.

Kaji selidik itu juga mendapati pelajar-pelajar sekolah ini ada melakukan perhubungan seks.


Sebelum ini satu kajian yang dilakukan oleh pornhub mendedahkan negeri Terengganu paling lama menghabiskan masa di portal lucah itu.



Begitu juga dengan isu ponteng sekolah. Terengganu, Sabah, Perlis ialah negeri yang dilaporkan pelajarnya paling kerap ponteng sekolah.

Manakala Kelantan, Pahang, Negeri 9, Selangor, Kedah, Kuala Lumpur pula pelajar-pelajarnya serdahana ponteng sekolah. Negeri yang berada di prestasi normal ialah Melaka, Sarawak dan Johor. - SoZPress.

Ulang siar entri Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM. 4.5 5 Unknown Monday, October 22, 2018 Pelajar Sekolah Terengganu Paling Kerap Ponteng, Paling Kerap Melayari Pornografi Kata Kajian KKM. Pelajar sekolah di Terengganu dilapo...


No comments:

Post a Comment