Martabat Bahasa Melayu, BN, PAS Dan PH Sama Sahaja Sikapnya..
Oleh : Nazmi Yaakub
Soal penggunaan bahasa Melayu di tempat awam sama ada penamaan atau pemasangan papan tanda/iklan, ketiga-tiga pihak sama ada PH, BN dan PAS (ya TIGA) ada isu dalam soal ini, tinggal lagi kecil atau besar saja.
Bersepah penggunaan nama bahasa Inggeris dalam penamaan tempat seperti taman perumahan dan bangunan baik di kawasan yang wakil rakyatnya PH, BN mahupun PAS atau kerajaan negerinya dipegang oleh mereka.
Di Bangi, ketika wakil rakyatnya ialah PAS dan kerajaan negerinya, PR (kemudian PH), pengunjung Bandar Baru Bangi yang dibina atas universiti yang ditubuhkan untuk memartabatkan bahasa Melayu akan ‘disambut’ Bangi Gateway.
Di Kelantan pun, antara pusat membeli-belah ialah KB Mall yang pengunjungnya 95 peratus adalah Melayu.
BN tidak usah ceritalah, macam mana boleh wujud Valencia di Sungai Buloh, saya sendiri kurang arif. Seingat saya Sepanyol tidak pernah menjajah Tanah Melayu hingga wujudnya keturunan Sepanyol di sini. Di ibu kota, Kampung Haji Abdullah Hukum ditukar menjadi KL Eco City dan Kerinchi diubah menjadi Bangsar South.
MB Selangor boleh menggunakan alasan ia pentadbiran lepas punya hal atau tidak dibincangkan pada peringkat mesyuarat EXCO tetapi apakah hal itu tidak pernah dilihat sepanjang perjalanannya sepanjang menjadi MB, EXCO atau wakil rakyat?
PH hanya mengulangi sikap tidak cakna pada bahasa Melayu adalah penerusan episod malangnya. Sebenarnya lebih malang ia berpunca daripada kita sendiri bersikap bodoh sombong dengan bahasa sendiri.
Itulah orang politik pun tidak menjadikan bahasa sebagai sesuatu yang sakral kerana tidak ada ahli politik yang terpelanting daripada kerusi kerana tergelecoh dalam soal bahasa.
Kita membiarkan satu demi satu wilayah bahasa Melayu diperkosa, maka ahli politik pun akan beranggapan ia adalah ruang yang tidak penting untuk diambil berat.
Hasilnya isu ini hanya akan menjadi bermusim. Mungkin nanti akan kembali sepi dan timbul kembali hujung tahun depan!

Ulang siar entri Martabat Bahasa Melayu, BN, PAS Dan PH Sama Sahaja Sikapnya.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment