Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan..

 On Saturday, December 29, 2018  

Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan..

Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan..

Oleh : Juliana Mohd

Saya pernah ceritakan bahawa kami sekeluarga hidup susah sepanjang zaman saya sekolah.

Hampir tiada ruang ulang kaji pelajaran di rumah satu bilik, satu dapur dan satu ruang tamu. Sangat kecil dan sempit untuk dihuni 8 orang. Bilik air di belakang rumah, perigi tanpa air paip.


Bila masuk UM, kawan-kawan mengeluh kerana bilik sempit kena kongsi 3 orang. Tapi ia nikmat untuk saya yang tak pernah ada meja belajar, katil dan bilik sendiri.

Saya dan adik-beradik tidak toleh ke belakang lagi. Kami bina rumah baru. Kami beli tanah. Kami buat bisnes mula dari kecil. Kami beli kenderaan.

Saya pernah miskin. Saya tengok anak orang lain selesa. Setiap kali itu saya berdoa, hak anak orang miskin untuk dapat peluang selesa belajar dikembalikan.

Saya tidak suka orang kaya rampas hak orang miskin dalam bidang pendidikan. Anak orang miskin tak cukup zat makanan, tak mampu buka kipas sepanjang waktu ulang kaji (jangan mimpi la bab katil bertilam empuk dan air cond) dan hampir tiada fokus kerana kena tolong mak bapa. Bila boleh pergi sekolah berasrama penuh, itu satu nikmat belajar untuk anak orang miskin.

Menjadi budak miskin merempat bukan satu pilihan. Ini takdir.

Jangan 'pijak' budak miskin ni dengan nafikan hak mereka untuk ubah masa depan. Jangan rebut hak mereka kerana mereka lemah.

Hidup ni kita jangan tamak dan pentingkan diri sendiri. Kalau kita dah kaya, hidup style orang kaya.

Ulang siar entri Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan.. 4.5 5 Unknown Saturday, December 29, 2018 Orang Kaya Jangan Rampas Hak Orang Miskin Dalam Pendidikan.. Oleh : Juliana Mohd Saya pernah ceritakan bahawa kami sekeluarga hidup s...


No comments:

Post a Comment