Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar.

 On Monday, January 14, 2019  

Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar.

Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar.

Presiden Skuad Badar, Paduka Ayahanda Azhar Mohamad dilaporkan ditahan reman oleh polis berikutan menjalankan kerja-kerja pengeledahan tanpa waran dan kelayakan. Beliau ditahan hari ini bersama salah seorang anggota jemaah Skuad Badar.

 
Sejurus ditahan, kenyataan yang kononnya mewakili Ayahanda Azhar menjadi tular di sosmed;


"Assalamualaikum wbt...salam sayang dari saya Presiden Skuad Badar Kedah buat seluruh insan insan yg dirahmati Allah.

Untuk makluman, inilah hasil perjuangan dan pengorbanan Skuad Badar selama ini yang dibalas oleh Jabatan Agama Islam Kedah yang mana laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Kedah terhadap pengorbanan Skuad Badar yang telah membantu dan menyelamatkan anak anak bangsa yang seagama dari terus berada di atas landasan kemungkaran.

Sesungguhnya Skuad Badar dituduh melakukan Jenayah dan setiap inci tugasan Skuad Badar dilakukan secara sukarela.

Akhir zaman Fitnah dijadikan rakan untuk membantu merencanakan kecelakaan terhadap golongan yang benar menjalankan kerja MENCEGAH KEMUNGKARAN dengan mengadakan laporan Polis secara memfitnah agar laporan yg dibuat nampak kukuh dan secara tidak langsung dengan laporan itu bakal melenyapkan terus operasi badar mencegah mungkar,"
kata kenyataan viral itu.
 

Siasatan awal polis mengenai Skuad Badar itu juga tular di sosmed;

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH Tn KPD, YDH Tn T/KPD dan Tn KBSJKD

Sungai Petani Rpt: 977/19

↪ Fakta Kes

Pada 10/01/2019 jam lebih kurang 1430 hrs pengadu (1)(L)(M) Nama : Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JHEAIK Telah Buat Aduan Tentang Skuad Badar Yang Bertempat Di Sungai Petani Berkaitan :

1) Mereka Menjalankan Aktiviti Penguatkuasa Tanpa Kebenaran JHEAIK

2) Mereka Juga Tidak Pernah Dilantik Untuk Menjadi Pegawai Penguat Kuasa Agama

3) Mereka Tidak Pernah Diberikan Tauliah Untuk Menjalankan Sebarang Aktiviti Penguatkuasaan

4) Mereka Memasuki Premis Tanpa Kebenaran Dan Waran Geledah

5) Memasuki Premis Tanpa Diiringi oleh Mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama JHEAIK

6) Aktiviti Yang Dilakukan Oleh Mereka Menimbulkan Ketakutan Pada Mangsa Dan Pada Masyarakat Setempat

7) Menjalankan Tangkapan Tidak Mengikut Prosedur Yang Betul (SOP)

8) Skuad Badar Adalah Ngo Yang Tidak Berdaftar

9) Mereka Juga Dilihat Cuba Mempengaruhi Individu-individu Tertentu Untuk Turut Serta Dalam Aktiviti yang Mereka Jalankan Dan Dibimbangi Boleh Membentuk Kumpulan Yang Ekstrim Dan Bertindak Di Luar Perundangan.

Oleh Yang Demikian Pengadu Meminta Pihak Polis Menjalankan Siasatan Kerana Dipercayai Mempunyai Unsur Jenayah.

Sekian, untuk makluman YDH Tuan.


--------------

Ulang siar entri Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar. 4.5 5 Unknown Monday, January 14, 2019 Ditahan Polis, Ini Kenyataan Presiden Skuad Badar. Presiden Skuad Badar, Paduka Ayahanda Azhar Mohamad dilaporkan ditahan reman oleh p...


No comments:

Post a Comment