Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah..

 On Sunday, January 6, 2019  

Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah..

Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah..

Oleh : Khairul Azri

HALAL, SYARIAH FRIENDLY = KERAJAAN TERENGGANU KATAK DI BAWAH TEMPURUNG?

Nampaknya ramai yang sedang galak menghina kerajaan negeri Terengganu akan pengenalan sebuah 'Syariah Compliance Hotel' di bawah kelolaan kerajaan negeri Terengganu dengan kata-kata jijik lagi menjelekkan yang tidak sanggup untuk saya lampirkan di sini.



Kalau anda nak tengok komen-komen tersebut, boleh rujuk sendiri di posting Mohamad Jamalee;







Atau baca sendiri di FB The Star:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155412983197255&id=11450527254

Ringkasnya, disamping menghina konsep ini, mereka mengatakan bahawa konsep 'syariah compliance' ini resepi kegagalan, backwards move dan ada yang kata juga bahawa kerajaan negeri, bagaikan katak di bawah tempurung..




Cumanya saya bersangka baik bahawa golongan ini mungkin telah terlepas pandang mengenai perkembangan industri pelancongan di Jepun, yang mana kini para pengusaha pelancongan di sana sedang giat mempromosi pelancongan 'Muslim Friendly' untuk cater 'influx' pelancong Muslim ke Jepun yang semakin meningkat.

Makanya di Jepun kini, restoran-restoran makanan halal dan surau-surau disediakan di tempat-tempat awam seperti lapangan terbang dsbnya.

Malah, pertunjukan fesyen Muslimah dan halal expo sudah mula dianjurkan di Jepun.

Yang paling menarik perhatian adalah 'booming' ataupun peningkatan hotel-hotel berstatus 'syariah-compliance' di serata Jepun sebagai contoh hotel yang terdapat di kaki Gunung Fuji.

Hotel berstatus 'syariah-compliance' ini mempunyai arab kiblat di setiap bilik, menghidangkan makanan tradisi Jepun yang mempunyai sijil halal dan juga 'Alcohol Free'.

Di dalam artikel yang sama, telah dikongsikan juga bahawa pelancong Muslim dari negara teluk telah berbelanja sebanyak USD40 Billion sepanjang tahun 2017.

Rujuk Gambar 2 atau di:
Japan making a mark in Muslim tourist market
https://www.nst.com.my/…/japan-making-mark-muslim-tourist-m…

And guess what, it doesn't stop with Japan.

Negara-negara lain seperti Taiwan, Korea, Hong Kong juga telah perasan akan kewujudan trend ini dan telah mengambil langkah yang serupa seperti Jepun iaitu keperluan untuk mewujudkan aspek 'Muslim friendly' dalam merancakkan industri pelancongan di negara mereka.

Rujuk :


Taiwan looks to woo Muslim visitors with 'halal' tourism
https://www.trtworld.com/…/taiwan-looks-to-woo-muslim-visit…

Tourism film to spotlight Taiwan’s Muslim-friendly travel environment in Brunei, Malaysia https://taiwantoday.tw/news.php…

Taiwan to launch tourism video aimed at Muslim market in August http://m.focustaiwan.tw/news/asoc/201807090017.aspx

Halal dim sum, airport prayer rooms: How Hong Kong, Japan and Korea won over Muslim travellers https://www.todayonline.com/…/halal-dim-sum-airport-prayer-…




Selain industri pelancongan/'tourism', suka juga untuk saya ingatkan kepada golongan acah-acah 'woke' ini, bahawa market retail untuk orang Islam/Halal compliance juga adalah antara yang terbesar di dunia pada hari ini.

Tahukah anda bahawa dikala ini, kebanyakkan jenama jenama besar diseluruh dunia sedang berlumba-lumba untuk menjadi 'syariah compliance' dan juga 'Muslim friendly' .

Lihat saja, di Saudi, bagaimana jenama jenama besar seperti Zara, Guess, H&M dan lain-lain, mengadaptasi kan proses syarikat mereka untuk diterima oleh masyrakat disana.

Kenapa? Mereka dah insaf?
Pemilik Zara dah masuk Islam ke?

Oh semestinya tidak, mereka kejar untuk menjadi 'syariah compliance' yang anda hina dan jelekkan, kerana mereka nampak betapa besar peluang yang terhidang di depan mata meraka.

Oleh yang demikian, ianya amat menggelikan hati dan dalam masa sama amat menyedihkan apabila ada dikalangan rakyat Malaysia yang duduk di negara majoriti Muslim tapi memandang hina dan merendahkan akan konsep halal, 'Muslim friendly' ataupun 'syariah compliance'.

Walhal diperingkat dunia, orang lain telah nampak dan sedang utilize trend semasa untuk cater pasaran yang melibatkan hampir 2 BILLION umat ini.

Akhir sekali, suka untuk saya ingatkan janganlah hanya kerana anda sebenarnya benci akan Islam (Islamophobic) ataupun mungkin totok politik, anda pandang hina idea dan usaha kerajaan negeri Terengganu ini yang sebenarnya sangat valid dan relevan dengan realiti keadaan pasaran semasa.

Sekian.

p/s: Jadi siapa sebenarnya yang bagaikan 'katak dibawah tempurung' ni? :)

Ulang siar entri Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah.. 4.5 5 Unknown Sunday, January 6, 2019 Kerajaan Terengganu Dihina Kaw-Kaw Kerana Promosikan Hotel Patuh Syariah.. Oleh : Khairul Azri HALAL, SYARIAH FRIENDLY = KERAJAAN TER...


No comments:

Post a Comment