'Victim Blaming' Dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 3, KPM Akan Betulkan Segera.
Kementerian Pendidikan mengambil maklum mengenai satu infografik yang tersebar di sosial media, merujuk kepada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tahun 3 sejak semalam.
Ditegur kerana menyalahkan mangsa dalam kes gangguan seksual, KPM berkata akan membetulkan kesalahan serius itu dengan kadar segera.
Dalam kenyataan itu, KPM menjelaskan infografik pada halaman 67 dalam buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada tahun ini itu boleh disalah tafsir sebagai menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung 'penjagaan kehormatan anggota seksual.'
"KPM yang menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam telah mengambil tindakan segera untuk membetulkannya.
"KPM memutuskan untuk menambah baik kandungan buku tersebut dengan menyediakan ralat dalam bentuk QRCode, yang akan dimuat naik pada 17 Januari (Khamis ini) untuk makluman guru, murid dan ibu bapa," katanya.
Kenyataan itu turut menjelaskan ralat dalam bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Januari.
Terdahulu sukarelawan yang sering terlibat dalam kes gangguan seksual dan remaja hamil, Syed Azmi mengulas infografik itu di Facebooknya.
"Bila gambar ni viral 2 hari lepas, saya tak komen langsung. Saya cuba baca banyak kali. Cari sumber.
Waktu tu malam jadi saya tak hubungi Kementerian untuk penjelasan.
Tapi pada malam yang sama, saya hubungi 5 cikgu dari 5 sekolah rendah yang berbeza dan tak seorang pun cikgu tersebut mengajar Pendidikan Jasmani.
Secara kolektifnya, majoriti cikgu bertanya "Apa yang salahnya Encik Syed?"
Jadi satu malam pada malam tu saya explain kenapa saya rasa muka surat tu tak wajar dari pelbagai perspektif .Tapi dalam bentuk apa yang cikgu faham dan apa yang saya nampak.
Why nama Amira saja, why tak Amir dan Amira.
Rasanya first part tu lebih sesuai jika Bagaimana menjaga keselamatan diri Amir dan Amira.
Ini membincangkan langkah berjaga-jaga untuk elakkan risiko daripada menjadi target mereka yang berniat jahat.
Tajuk gambarajah kedua, Kesan jika Amir dan Amira tidak menjaga kehormatan diri bukan tak salah tapi tak kena dari segi kesinambungan.
Kesan tidak menjaga keselamatan diri boleh di bincangkan dari segi terdedah pada risiko berbahaya yang penting untuk di ajar juga.
Bab menjaga kehormatan diri pula boleh diajar seperi elakkan sentuhan, katakan 'Tidak', tidak sembunyikan rahsia, jika musykil atau kurang selesa perlu beritahu orang yang dipercayai seperti ibu bapa guru atuk nenek.
Kalau kita tidak lakukan perkara di atas, mungkin orang akan teruskan salah laku, kita akan terus takut dan sebagainya.
Ada satu cikgu tanya tapi perkara di bawah ini apa salahnya?
Saya explain mengenai Victim Blaming, Gender Bias dan yang bersalah adalah si salah laku dan bukannya budak Amira tu.
Ada satu guru perempuan berkata, tajuk yang number 2 tu boleh tukar kepadaKesan "Jika Amira tidak menjaga kehormatan anggota seksual dan KANTOI"
Tetap salah Cikgu. Sebab victim blaming.
Tapi topic sebegini perlu diajar juga.
Saya kemudian rasa kita perlu tengok buku panduan mengajar buku ini untuk panduan guru, apa katanya.
Dalam discussion, saya lihat banyak yang buruk dari yang baik. Tanpa pemahaman yang betul oleh guru nanti murid salah faham.
Ini bukan saya nak kata salah siapa sebab yang penting pembetulan.
Memang benar guru yang saya tanya tak ajar PJ tapi kalau mereka pun tak nampak susah juga.
Kita memang nakkan yang terbaik untuk anak-anak kita dan semua yang ariff tentang bidangnya wajar kita kongsi ilmu.
Untuk analisis lain why page ni salah, saya rasa banyak posting lain yang lebih bernas oleh aktivis kanak-kanak lain. Saya tak tag sebab ada diantaranya yang agak kasar.
Saya pun tahu pihak kementerian akan buat penambahbaikan by akhir bulan. Baguslah.
Ampun maaf kalau bunyi tak keras. Saya cuma mahukan kita bincang dengan berhemah," katanya dalam kenyataan itu. - 16 Januari 2019.

Ulang siar entri 'Victim Blaming' Dalam Buku Teks Pendidikan Jasmani Tahun 3, KPM Akan Betulkan Segera. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment