Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?

 On Wednesday, February 27, 2019  

Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?

Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?

Oleh : Fahmi Hassan

Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat?

Seminggu-dua ini popular sungguh rancangan TV ANALISIS bersama FINAZ YUNUS terbitan TVAlhijrah. Mungkin kerana isu yang dibincangkan adalah isu tular yang sentiasa mencuri perhatian warga internet.




Namun begitu, ada juga yang mengkritik rancangan perdebatan seperti itu secara am dan secara khusus rancangan Analisis. Ada dua isu yang menjadi tumpuan iaitu:-

1. Rancangan tersebut mempopularkan golongan/pendirian antivaksin/anti perubatan moden/anti hospital dan sebagainya. 


2. Hos bersikap berat sebelah dan tidak adil kepada panel.

Sepanjang aktif menulis di media sosial ada satu perkara penting yang saya belajar. Pertambahan 'follower' tidak sama sekali bermaksud pertambahan penyokong. Saya percaya ramai sahabat-sahabat akan setuju dengan pernyataan ini.

Menulis tentang isu kontroversi memang cara mudah untuk menaikkan bilangan 'follower'. Tetapi selepas itu, terima sajalah komen dan makian dari mereka. Jika anda buka profile ahli-ahli panel yang dijemput beberapa minggu ini, jelas kebanyakan komen adalah tidak bersetuju dengan mereka (melainkan rakan-rakan peribadi ahli panel).

WHO baru-baru ini telah menerbitkan satu dokumen bertajuk "Best practice guidance - How to respond to vocal vaccine deniers in public". Ia disediakan berlandaskan bukti saintifik kajian bidang psikologi, kesihatan awam, komunikasi dan komunikasi berisiko. Walaupun ia disediakan untuk topik Vaksin, namun kandungannya sesuai untuk menyanggah sebarang bentuk ideologi pseudosains.

Apabila bercakap di media, target audien bukanlah mereka yang menolak vaksin/sains. Objektif yang penting adalah menjadikan khalayak awam faham kepincangan ideologi mereka dan mendorong golongan atas pagar ke arah ideologi yang betul.

Dari pengamatan saya, rancangan analisis berjaya mencapai objektif tersebut. Hujah golongan antivaksin/sains disanggah dengan baik oleh panel-panel yang berkualiti. Masyarakat jelas di mana kepincangan ideologi mereka.

Jurnalis Liz Spayd menulis pada tahun 2016:

“False balance, sometimes called “false equivalency,” refers disparagingly to the practice of journalists who, in their zeal to be fair, present each side of a debate as equally credible, even when the factual evidence is stacked heavily on one side.”

Menurut beliau, seorang jurnalis perlu adil dalam mempersembahkan fakta. Namun begitu, adil tidak bermaksud mempersembahkan hujah kedua-dua pihak dengan seimbang.

Maksud keadilan di sini adalah memberi lebih kredibiliti kepada hujah yang mempunyai sokongan bukti saintifik yang lebih kuat. Jurnalis yang baik tidak boleh menampakkan pandangan yang lemah sebagai pandangan yang kuat.

Ini berjaya dilakukan oleh hos rancangan analisis Finaz Yunus dengan baik sekali. Tahniah kepada beliau yang menjalankan kajian dengan baik dan bijak melontarkan soalan-soalan kritikal kepada ahli panel.

Rancangan Analisis bagi saya adalah sebuah rancangan yang baik dan kena dengan selera generasi kini. Perbincangan di media sosial dapat diangkat dan diperjelaskan di ruangan media primer untuk memberikan impak yang lebih tinggi dan meluas.

Tahniah!

Ulang siar entri Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat? 4.5 5 Unknown Wednesday, February 27, 2019 Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat? Oleh : Fahmi Hassan Rancangan Analisis - Mudarat atau Manfaat? Seminggu-dua ini popular ...


No comments:

Post a Comment