Acap Bukan Diculik Bunian - #Pray4Acap.
Seorang pemuda yang pernah 'dijaga bunian' sepanjang tujuh hari hilang di Bukit Broga, dua tahun lalu, turut membantu pihak penyelamat mencari peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) 2019, Mohammad Ashraf Hassan, semalam.
Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 22, mendaki Bukit Batu Putih bersama bomba bagi meninjau lokasi terakhir Mohammad Ashraf, 29, yang dikenali sebagai Acap sebagai salah satu ikhtiar untuk mengesan mangsa.
Menurutnya, kehilangan Acap menarik perhatiannya untuk turut membantu buat pertama kali selepas insidennya berkaitan dengan mistik mendapat liputan meluas di media sosial.
"Saya dan ibu, Rohana Saad, 51, sudah lama merancang untuk turun ke Gopeng membantu berdasarkan pengalaman dan baru hari ini (semalam) saya berkesempatan untuk datang.
"Apa yang boleh dikatakan bukan depa (bunian) yang ambik dia (Acap), malah saya dan ibu tidak merasai kehadiran dia (Acap) di bukit itu dan di Gua Kandu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pos Kawalan Bomba di Kampung Pintu Padang, di sini.
Mohd Azarul Mukhriz berkata, dia mengharapkan agar keluarga Acap dapat mengharungi dugaan itu dengan lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Sementara itu, Rohana berkata, doa ibu adalah yang terbaik dalam membantu memudahkan operasi mencari anaknya meskipun kehilangannya sudah memasuki hari ke-20.
"Dugaan ibunya kali ini adalah yang terhebat berbanding saya. Saya lihat pelbagai ikhtiar telah dijalankan dan diharapkan keluarga mereka sentiasa berdoa dan membaca al-Quran agar Acap segera ditemui," katanya.
Sumber : Sinar Harian.

Ulang siar entri Acap Bukan Diculik Bunian - #Pray4Acap. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment