Kronologi Misi Pencarian Acap.

 On Tuesday, April 9, 2019  

Kronologi Misi Pencarian Acap.

Kronologi Misi Pencarian Acap.

Oleh : Afieyza (PPI)

Kronologi Misi Pencarian Acap

"KITA MOHON PIHAK SANA HANTAR MELALUI GIGI AIR"

Tarikh 4 April 2019

(Pengalaman peribadi team Poseidon Paranormal Investigator (PPI)

Ramai sangat yang bertanya perkembangan pencarian Acap setelah team Poseidon Paranormal Investigator(PPI) turun sendiri ke lokasi di Gua Tempurung malam semalam.


Kehilangan Mohd Ashraf Hasan atau dikenali sebagai Acap masih menjadi tanda tanya walaupun misi pencariannya masih aktif dijalankan sampai ke waktu Subuh pagi tadi yang disertai oleh pihak kami sendiri. Hilangnya Acap pada tarikh 23 Mac lalu sehingga ke hari ini genap 14 hari.

Saya wakil dari team PPI sekadar ingin kongsi pengalaman peribadi kami. Kami follow kisah kehilangan ini sejak hari ketiga Acap dikatakan hilang. Macam-macam cerita yang tular di media sosial.

Menurut cerita berpuluh ekor anjing pengesan dilepaskan oleh pihak berkuasa dalam usaha pencarian sejak hari pertama namun langsung tak dapat menjejaki Acap. Ramai orang-orang hebat turun dari seluruh pelusuk negeri, para pengkaji paranormal, tak kurang juga ustaz-ustaz yagg masing-masing terkenal dgn kepakaran mereka. Akhirnya kita kembali kepada qada’ dan qadar’, ketentuan Allah mengatasi segalanya.

Hati kami meruntun untuk cuba hulurkan bantuan khidmat sosial apa yg termampu. Sebak lihat tangisan keluarga Acap di media sosial, kami bergerak ke Gua Tempurung sekitar pukul 8.00 malam (Khamis) dari Alor Setar dan tiba di lokasi sekitar pukul 10.30 malam.

Dari jalan utama menghala masuk ke Gua Tempurung, terlalu sunyi sampaikan saya tanya pada crew, dekat mana check point pihak berkuasa jaga? Bolehkah kita masuk sampai dalam? Sampai diperkarangan tempat parking di hadapan pintu masuk ke Gua Tempurung, keadaan sunyi. Tiada seorang manusia pun walau di pondok guard.

Sebenarnya, team PPI baru sebulan yang lepas berkunjung ke Gua Tempurung ini. Ketika itu kami sampai Subuh, sekitar pukul 6.00 pagi, tapi waktu itu ada sepasang suami isteri berjaga di pondok guard tersebut. Dan melalui pakcik penjaga pondok itu kami dapat informasi pukul berapa tempat itu dibuka waktu itu. Namun pada malam semalan, kelibat pakcik tu pun kami tak nampak.

Dari jauh nampk samar-samar lampu dari sebuah pondok di hujung tapak parking bas. Kami bergerak ke sana. Ada 2 biji kereta, dan ada sekumpulan lelaki agak berusia tak sampai 10 orang di situ. Saya minta crew kami turun untuk berjumpa pakcik-pakcik itu sebagai salam perkenalan, manakala saya dan seorang lagi crew menjalankan sedikit proses pembukaan.

Saya akui, bulan lepas waktu kami mnjejakkan kaki ke sini, perasaan itu tidak sama seperti malam semalam. Track asal larian tu dikatakan di bukit batu putih menghala ke Gua Tempurung. Lokasi pencarian berpindah ke Gua Tempurung setelah gagal mngesan sebarang petunjuk di track asal. Ada jugak cerita dari beberapa orang pakcik tadi, katanya orang kampung sekitar bukit batu putih menghalang misi pencarian diteruskn di sana sebab terlalu banyk misi yang menjalankn ritual negatif. Wallahualam...

Selepas setengah jam kami sampai ke lokasi, saya masih kaku dalam kereta brsama seorang lagi crew yang memang wajib menjaga supaya saya tidak sendirian, manakala crew lain sudah turun.

Sejak hari ketiga hilangnya Acap, dari Kedah (atau dari jauh) kami cuba menghulurkn bantuan melalui kaedah kami kami sendiri. Tapi selalu ‘lost signal’. Hanya beberapa petunjuk yang saya dapat iaitu...

* gelap (sangat gelap walau sejalur cahaya pun saya tidak nmpk)
* kaku (gambaran kaku tanpa gerakan)
* telinga berdengung (seakan situasi macam kita sampai di tempat tinggi yang bergema/bergaung)
* sejuk (sangat sejuk terutama hujung kaki, pipi dan hujung tangan)


* bunyi air (bunyi air menitik)

Sangat berbeza apa yang saya rasakan kali ini. Sebelum ini saya pernah sertai kes mencari orang hilang. Tahun 2004 di Jeniang, Kedah, tahun 2013 kes Villa Nabila di Johor dan 2017 kes Bukit Broga, dan ada beberapa lagi. Namun semuanya berbeza dengan petunjuk yang saya dapat di sini.

Kes-kes sebelum ini saya masih diberi keizinan untuk ‘nampak’ gambaran keadaan mangsa, tapi untuk kes Acap ini, saya ‘lost’. Sebab itu kami sepakat untuk turun ke lokasi. Saya ingin pijakkan kaki ke lokasi supaya dapat gambaran yang lebih jelas.

30 minit selepas saya lakukan ‘pembukaan’, telinga saya makin berdesing, sangat kuat. Salah sorang crew datang ke kereta.. ”kak, kami nak naik atas. Depa nak pi ke depan mulut gua, depa nak azan di sana”

Saya jawab, okey. Saya beritahu, kawasan tu besar dan luas, di belakang dan di sebelah kiri kami hanya hutan paya yang besar, manakala di depan kami adalah bukit2 batu, gua2 kecil dan hutan belukar. Sebatang anak sungai yang deras mengalir mungkin sebab hujan, aliran sungai itu dari dalam mulut Gua Tempurung. Ada sebatang titi gantung yang dah usang di depan kami, dibaluti pokok hutan menjalar. Keseluruhan kawasan itu seperti jarang menerima kunjungan sebab saya lihat pondok di seberang sungai sudah diselimuti pokok hutan. Sebulan lepas waktu kami sampai sebelah siang ke lokasi itu juga nampak terbiar.

Dari jauh, kedengaran azan dilaungkn sayup2. Yang tinggal di lokasi parking kereta waktu itu hanya kami berdua, saya dan seorang lagi crew. Pakcik-pakcik yang kami temui awal tadi juga sudah naik ke atas ke mulut gua.

Pada masa itu, saya rasa keseluruhan kawasan itu bagai dikepung satu gelombang ghaib. Saya boleh rasa. Lalu saya minta crew ‘pagarkan’ seluruh kawasan kereta supaya tidak menganggu proses kami seterusnya. Selesai azan, seluruh kawasan kembali sunyi sepi.

Saya duduk di dalam kereta hanya tunduk ke bawah sebab waktu itu pandangan sekeliling boleh menjatuhkan semangat saya yang makin tipis. Saya teruskan usaha tanpa pandang keluar dari kereta. Kemudian saya dengar sayup suara dari atas bukit-bukit batu di depan. Saya angkat kepala pandang keluar. Team yang naik ke atas untuk azan tadi serta beberapa org crew saya dan pakcik-pakcik tadi, dah sampai ke pondok di sebelah kami. Namun, saya masih dengar bunyi-bunyi suara misteri dari atas bukit itu, kedengaran sayup-sayup. Saya cuba abaikan sebab bila kita di tempat begitu, syaitan juga memulakan peranan untuk memainkan pandangan dan pendengaran kita.

Banyak pandangan dan cerita yang kita dengar, macam2 tanggapan dan teori dari pelbagai pihak yang dah sampai ke lokasi untuk membantu mencari Acap. Walau apapun keadaannya, niat kita sama, untuk cari jalan dan penyelesaian supaya Acap ditemui semula.

Saya akui ini bukan kes biasa. Orang yang boleh merasai, yang turun ke lokasi pada malam hari, orang-orang ini mampu merasa apa yang kami rasa malam itu..

Kehilangan Acap menguji semua pihak, menguji keilmuan insan-insan yang mempunyai kepakaran masing-masing, dan sampai sekarang masih gagal walaupun ratusan orang handal, orang berilmu dan sakti serta ustaz-ustaz yang arif sudahpun mencuba mencari jalan keluar di sebalik misteri kehilangan ini.

Jam hampir pukul 3.00 pagi. Satu demi satu kereta mula masuk ke kawasan itu. Ada kunjungan ahli-ahli perubatan Islam yang lain.

Selesai perlaksanaan dalam kereta, saya keluar dari kereta untuk sesi di luar pula. Masa tu ada beberapa orang yang baru sampai dari KL dan Muar. Ada yang keluar makan sebentar dan masuk semula ke lokasi. Masing-masing dengan persiapan dan kaedah sendiri untuk misi pencarian. Semua yang datang bukanlah ditawar ganjaran seperti yang digembar gemburkn di media sosial, tapi hamba-hamba Allah yang diutuskan datang ke lokasi menawarkan khidmat sosial untuk sesi membantu misi pencarian Acap. Ada team paranormal Lmpc dari Langkawi, ada team Demon’s Killer dari KL juga. Kami meneruskn pencarian dengan kaedah masing-masing.

Saya sempat berbual dengan team Lmpc, seorang ustaz dari Ipoh. Kami bertukar pandangan dan pendapat peribadi. Rata-rata yang datang cuba ‘membuka’ laluan, ‘membuka’ halangan dan rintangan, tak kurang juga yang membuka perbincangan dengan ‘pihak sana’ untuk melepaskan Acap.

Cerita yang kami kongsikan ada yang menemui jalan petunjuk seakan sama. Seorang ustaz di hadapan kami mengajukan soalan pada saya gambaran makhluk apa yang kelihatan. Saya beritahu saya mendapat gambaran jelas tadi makhluk besar badan berlumut, cuping telinga tajam ke atas, labuh sangat ke bawah, mata besar… ngeri nak bayangkan. Spontan ustaz tu sebut “sang kelembai” dan ”jin pari”. Saya anggukkan kepala, sebab mengikut pengalaman saya kawasan berbukit batu putih, kawasan berair dan dikelilingi paya memang habitat untuk jin pari dan sang kelembai, wallahualam..

Walau apapun dan siapapun penghuni/penjaga/otai sekalipun di situ, kita merayu dan memohon dengan kuasa Allah agar dikembalikan Acap kepada kami dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tak lama kemudian, keluarga Acap sampai ke situ. Mereka nampak sugul, sedih dan tidak bermaya. Mungkin keluarga Acap diberikan penempatan tak jauh dari lokasi. Kata mereka, balik sekejap untuk berehat. Abang dan kakak Acap turut bersalaman dengan kami semua. Memang terasa sebak ketika itu. Kata mereka, sebelah siang terlalu ramai orang datang ke situ.

Kemudian, saya memberikan arahan pada crew untuk kami bergerak ke laluan denai belakang melalui kawasan paya yang besar. Ada sedikit proses yang ingin saya dan team laksanakan di situ.

Kata team Lmpc kepada kami, jangan pergi dulu kerana ada satu lagi team dari Kelantan akan sampai dalam pukul 4 lebih. Sambil menunggu, kami berkongsi pendapat sesama kami.

Terus terang saya katakan bila setiap kali ada antara mereka yang menyebut perkaraan ‘bunian’, telinga saya seakan mendengar seluruh kawasan itu bagai terpanggil, seperti ada yang menyahut. Apa yang telinga saya dengar itu agak sukar hendak diterangkan. Tambah pula kawasan itu jauh dari penempatan dan jalan raya, memang ia amat sunyi.

Kami bersembang di satu kawasan parking yang lapang tak jauh dari dinding-dinding gua. Kadang-kadang saya terdengar suara sahut menyahut memanggil-manggil dari puncak bukit.

Tiba-tiba ustaz yang bersembang dengan kami berkata, “ish, jom kita pindah tempat, rasa tak sesuai sembang hal ni kat sini” Lalu kami berpindah lokasi perbincangan di bawah bawah pondok.

Kenapa Acap dilindungi dari mata zahir kita seorang manusia? Track larian hampir keseluruhan digeladah, ada kawasan semak hutan ditebang dan dibersihkan, segala sudut laluan dibongkar secara zahir tapi Acap masih gagal ditemui. Logik akal sekiranya berpunca binatang buas sudah pasti ada kesan, tambahan pula mengikut cerita penduduk tempatan, kawasan tu belum pernah ada cerita melibatkan binatang buas

Allahuakbar, kejadian ini menduga semua pihak. Yang datang ke situ untuk misi membantu tiada sebarang ikatan keluarga dengan pihak Acap tapi sebaknya terasa bila pandang ke gua, hutan, paya dan puncak bukit.

Tak lama kami berborak, team dari Kelantan sampai, hampir 15 orang. Katanya team ini dari pihak keluarga mertua abg Acap.

Satu team demi satu team mencuba nasib. Kini giliran team dari Kelantan pula. Kami hanya mendoakan yang terbaik semoga semua urusan kita dibantu dipermudahkn oleh Allah. Tiada daya kita sebagai manusia utk melawan ketentuan yang telah ditetapkan.

Masing-masing ada kaedah sendiri. Cuma pada sesiapa yang ingin datang ke lokasi untuk membantu, kita sama-sama merayu jagalah tingkah laku, adab bila berada di sini. Jauhkan dari bentuk-bentuk pemujaan dan benda-benda yang bercanggah dari akidah. Kasihan Acap, kasihan keluarga Acap.

Kami lalu berjalan ke lokasi gua, ke denai sungai. mencari secara zahir kerana mengikut penerangan team dari kelantan - “kita mohon perbincangan dengan pihak sana untuk dihantar melalui gigi air”.. wallahualam.

Team saya turut melaui laluan paya dan denai belakang kami telusuri perlahan. Sungguh kuat saya rasakan aura kawasan ini. Seumur hidup saya belum pernah saya jumpa kelip2 beribu-ribu ekor yang berkelip di keseluruhan paya. Terpegun ada gerun pun ada.

Sepanjang laluan kami semua diam tidak berkata-kata. Dari jalan pintu tapak parking gua tempurung melalui denai kiri kanan paya yang ngeri agak jauh sebelum berjumpa ladang kelapa sawit dan perkampungan penduduk tempatan. Saya memilih untuk sekali sekala saja memandang keluar sepanjang sesi ‘proses’ yang kami jalankan kerana tak sanggup untuk ‘melihat’ apa yang ada di dalam hutan paya itu.

Semasa bersembng sesama kami para team yang ada di lokasi, ada yang bercerita tentang team yang datang bukan untuk membantu tapi semata-mata untuk buat live story. Ada pula yang tunjuk handal masuk secara sorang-sorang ke lokasi, ada yang menurun memanggil datuk nenek. Janganlah kerana tingkah kita menambahkan mengeruhkan lagi keadaan. Faktor keselamatan diri juga harus kita jaga, tak perlu tunjuk hebat. Jangan sampai dalam misi kita mencari orang hilang ada kes kehilangan yang kedua pula, jangan tambah masalah yang ada.

Selesai urusan, kami memulakan perjalanan pulang semula ke Alor Setar kerana ada crew yang akan bekerja. Lebih kurang pukul 7.00 pagi, kami tinggalkn gua tempurung dengan seribu harapan dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah semoga diberikan jalan penamat dan penyelesaian terhadap kes ini.

Insyaallah kami berhajat akan kembali lagi tanpa putus asa. Mohon maaf sekiranya perkongsian saya ada terlajak bicara dimana-mana. Sekadar berkongsi info/maklumat dan pandangan peribadi saya sahaja.

Jangan lupa terus berdoa, agar Acap ditemui kembali.

Ulang siar entri Kronologi Misi Pencarian Acap. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kronologi Misi Pencarian Acap. 4.5 5 Unknown Tuesday, April 9, 2019 Kronologi Misi Pencarian Acap. Oleh : Afieyza (PPI) Kronologi Misi Pencarian Acap "KITA MOHON PIHAK SANA HANTAR MELALUI GIGI A...


No comments:

Post a Comment