Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka.

 On Monday, April 22, 2019  

Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka.

Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi bahan jenaka netizen media sosial, apabila tersalah meletakkan angka kematian dalam serangan bom di gereja dan hotel di Sri Lanka, semalam.
 
Tweet Trump
Dalam menyatakan takziah atas kejadian itu, Trump dalam Twitternya menyatakan 138 juta orang terbunuh, dan lebih 600 lagi cedera dalam serangan di Sri Lanka, semalam.

Bagaimanapun, beliau memperbetulkan angka berkenaan selepas menyedarinya.

Sehingga kini, lebih 207 penganut Kristian, dan warga asing terbunuh dalam lapan siri serangan bom ke atas gereja dan hotel mewah di empat daerah di Sri Lanka, sementara lebih 500 lagi cedera.

“Heartfelt condolences from the people of the United States to the people of Sri Lanka on the horrible terrorist attacks on churches and hotels that have killed at least 138 million people and badly injured 600 more. We stand ready to help.“

Trump menghantar kenyataan itu beberapa jam selepas Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, memberi amaran mengenai laporan palsu berhubung kejadian itu. – Agensi

Ulang siar entri Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka. 4.5 5 Unknown Monday, April 22, 2019 Salah Kicau 138j Mati Di Sri Lanka, Trump Jadi Bahan Jenaka. Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menjadi bahan jenaka netizen ...


No comments:

Post a Comment