Walaupun Disekat Dan Dihalang Berceramah, Saya Tetap Akan Membantu Terengganu..
Oleh : Mohd Afandi Salleh
GEMBIRA. Beberapa hari lepas saya menerima undangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk memyampaikan ceramah/tazkirah berkenaan Gaza, Palestin di Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu pada 4hb April ini.
Saya amat teruja menerima undangan tersebut walaupun dalam keadaan yang amat sibuk. Semalam, saya sempat menelaah nota dan menyediakan slide persembahan.
Sudah 2 hari saya di Kuala Lumpur dan awal pagi ini bergegas ke Perlis tetapu saya atur jadual penerbangan agar pulang pada hari ini juga demi memastikan jadual ceramah di Masjid Bukit Besar berjalan dengan baik.
HIBA. Pada pagi ini (3hb. April) saya menerima panggilan dari pegawai JHEAT memaklumkan ceramah saya dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.
Adakah kerana saya sebagai Timbalan Naib Canselor UniSZA sebuah institusi Kerajaan Pusat atau bukan penyokong Pas?, itu saya tidak pasti.
Cuma beliau memaklumkan orang politik telah arah untuk menyekat saya dari menyampaikan ceramah Sejuta Doa buat al-Aqsa.
TEGUH. Sebagai Aktivis MyCare@Aqsa Syarif, perjuangan membebaskan Palestin dari penjajahan Israel amat dekat di hati saya. 3 kali saya memasuki Gaza menghantar bantuan Kemanusiaan. Misi kali ke 4 paling mencabar, sebagai satu-satunya aktivis Malaysia dan Muslim bersama 20 aktivis dunia yang lain di atas bot kecil al-Awda yang berlayar menuju ke Gaza membawa ubatan, kami telah diserang oleh tentera rejim Zionis Israel, diacukan senapang dan pistol, kemudian diculik dan dipenjarakan di Israel.
Ia tidak mematahkan semangat saya untuk menyumbang kepada pembebasan Palestin.
Namun hari ini, hati saya sayu apabila Masjid di negeri sendiri menghalang saya untuk berkongsi pengalaman dan ilmu saya. Tak mengapalah, mungkin banyak kekurangan menyebabkan Allah tidak mengizinkan saya berceramah di rumahNya.
Ironisnya, saya menerima surat dari Jabatan yang sama/Kerajaan Negeri memohon saya menghantar 80 orang pelajar untuk mendengar ceramah seorang Exco berkenaan Palestin pada tarikh yang sama. Selaku Timbalan Naib Canselor, sebagai rakyat Terengganu dan tambahan lagi sebagai aktivis Palestin, saya meluluskan permohonan tersebut.
Saya juga meluluskan program membersih kawasan amcaman Aedes di sekitar Kuala Terengganu dengan menghantar 500 orang pelajar pada 5hb.April nanti. Dan banyak lagi program untuk membantu rakyat Terengganu telah dibuat dan akan dibuat.
Dengan sedikit kuasa yang ada, saya bertekad untuk terus membantu membangunkan rakyat Terengganu walaupun saya disekat untuk berceramah tentang isu Palestin di negeri sendiri. Allahu mustaan. - 3 April 2019.

Ulang siar entri Walaupun Disekat Dan Dihalang Berceramah, Saya Tetap Akan Membantu Terengganu.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment