Menari Dengan Peguam, Itu Barulah Conflict Of Interest, Jangan Buat-Buat Lupa & Diskriminasi Pula..
Alan Azlan | Inkues dalam kes Adib dan ..
------------------------------------------
Untuk kemudahan rujukan, boleh rujuk pada posting seorang peguam yang korang selalu samakan macam aku tu. Minta simpang malaikat.
Sebelum aku ulas, aku suka nyatakan pendirian aku sebagai peguam yang mana golongan peguam gelanggang kita hanya di mahkamah. Bukan di sosial media.
Jadi apa-apa posting oleh seorang peguam berkaitan dengan cara peguam lawannya kendalikan sesuatu kes di social media adalah sangat tidak beretika. Lebih-lebih lagi posting tersebut menyelar tatacara peguam lawannya kendalikan kes. Sangat murahan taktik macam ni.
Berbalik kepada Adib, bila Tommy Thomas (TT) cakap wujud konflik dalam kepentingan, pertama sekali fahamkan sifat inkues.
Namapun inkues. Dia bersifat 'inquisitorial' bukannya 'adversarial'. Maknanya tujuannya bukan nak tuduh sapa salah dan orang salah untuk membela diri. Dalam prosiding inkues pulak takda istilah 'pihak-pihak' yang berlawan sesama sendiri. Ianya lebih kepada nak mencari punca sebenar kematian Adib. Sama ada dipukul, kemalangan atau lain lain. Takkan ada dapatan dalam peringkat ini siapa bersalah siapa tidak. Dalam keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia ada diperjelaskan hal ni.
Jadi, tak wujud isu 'conflict of interest' langsung sebab tak wujud pihak-pihak yang berkepentingan yang mana kepentingan mereka akan jadi 'conflicted' dengan perlantikan peguam yang mewakili pihak bomba dan keluarga Adib sendiri.
Sekali lagi aku ulang. Inkues hanyalah bersifat 'fact-finding' sahaja.
Kalau nak cakap pasal kepentingan, Jabatan Peguam Negara (AGC) pun bercanggah kepentingan bila AGC yang mewakili kepentingan awam bertindak untuk mengambil pendirian yang kematian Adib adalah disebabkan kemalangan. Jadi apa guna ada Hakim Koroner kalau AGC sendiri dah ada 'preconceived notion'.
Kesan daripada tindakan AGC dengan pendirian yang diambil, sekalipun Hakim Koroner mendapati Adib dipukul sehingga menyebabkan kematian, AGC takkan mengambil keputusan mendakwa mana mana individu sebab dalam kepala hotak Peguam Negara Yang Bijaksana sendiri dah ada pendirian melalui keterangan secara afidavit yang Adib hanya kemalangan. Apooo!
AGC tak patut 'ambil apa-apa posisi'. Ini inkues bukan perbicaraan dakwaan terhadap mana-mana tertuduh!
Kerana sifat inkues itu sendirilah dulu mahkamah berkali kali tanya kepada peguam Siti Kasim dan M. Visvanathan bila mereka berhajat untuk mewakili pihak kuil tentang apa kepentingan mereka dan jawapan mereka hanyalah mereka mewakili penganut agama Hindu dan betapa mulianya kuil tersebut dan hujah hujah yang pada pandangan professional aku sebagai peguam tak releven. Mahkamah Koroner sendiri tolak permohonan mereka. Boleh rujuk kepada Nota Keterangan untuk kepastian.
Dah lama prosiding baru sekarang nak menyalak-nyalak pasal 'conflict of interest'? Syazlin tu dari awal dilantik tapi baru sekarang nak bangkitkan?
Jadi secara rumusannya, pada aku alasan TT tentang konflik kepentingan itu hanyalah suatu 'afterthought' dan tidak releven langsung.
Untuk posting peguam tersebut aku rasa untuk dia bidas tatacara kepeguaman peguam tersebut semasa prosiding sangat tidak beretika. Kita berhujah dalam mahkamah. Dan bila kita mewakili anakguam, kita kena objektif dan tak perlu terlalu 'personal' sampai nak komen pendekatan peguam tersebut.
Kalau nak sangat concerned dengan conflict of interest, masa menari dengan kepala-kepala Kehakiman dan Pendakwaraya dalam masa sedang dituduh dalam suatu dakwaan dulu taknak pulak cakap pasal 'conflict of interest'.
Lepas ni jangan nak siapa siapa samakan aku dengan dia. Hair routines aku lagi mahal. Kbai.

Ulang siar entri Menari Dengan Peguam, Itu Barulah Conflict Of Interest, Jangan Buat-Buat Lupa & Diskriminasi Pula.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment