PDRM Tak Setuju, Peraturan Baru Cermin Gelap Dipertikaikan.
Pihak polis tidak bersetuju dengan peraturan baru Kementerian Pengangkutan mengenai cermin gelap kenderaan persendirian, berkata ia akan menyukarkan tugas pihak penguatkuasa, maklum Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias.
Harian Metro melaporkan pihak polis tidak pernah dirundingkan mengenai perkara ini.
“Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita.
“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.
“Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” kata Azisman dalam laporan itu.
Katanya lagi kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar akan lebih sukar dikesan.
“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, namun ia seperti lesen kenderaan juga.
“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh menggunakan kenderaan itu,” jelasnya.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan para pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan cermin gelap sepenuhnya di bahagian belakang dan cermin sisi kiri dan kanan penumpang bermula esok.
Bagaimanapun, katanya kadar peratusan ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin depan dan cermin sisi kiri dan kanan pemandu masih kekal, masing-masing 70% dan 50% seperti peraturan sedia ada. - 8 Mei 2019.

Ulang siar entri PDRM Tak Setuju, Peraturan Baru Cermin Gelap Dipertikaikan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment