Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika.

 On Thursday, June 27, 2019  

Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika.

Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika.

Oleh : Dr Suhazeli Abdullah

Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika

Sediakan payung sebelum hujan, itulah perumpamaan paling tepat untuk diberikan kepada sesiapa yang hendak melawat negara-negara Afrika.


Lihat Senarai dalam Gambar.



Apabila tiada persediaan, anda akan bermasalah untuk masuk ke sana. Terdapat di kalangan mereka yang pergi, sangkut agak lama di imegresen kerana tidak buat permohonan visa. Ada juga yang terpaksa ditahan (kuarantin) selama 10 hari di bilik kuarantin lapangan terbang kerana tidak suntik vaksin. Jadi tiga langkah berikut wajib dipatuhi.
 

1. Rancang pembelian tiket kapal terbang terlebih dahulu. Jangan terlalu inginkan tambang murah, tetapi terseksa kerana perjalanan mengambil masa hampir 2 hari. Murah bermakna menggunakan penerbangan yang banyak singgah atau perkhidmatannya kelas rendah. Mungkin anda sampai ke destinasi tetapi ambil masa panjang kerana jadual penerbangan asyik tertunda sahaja.

2. Setelah tiket sudah sah, dapatkan visa. Ia bergantung kepada negara-negara berkenaan. Ada jenis visa yang boleh diambil sebaik sahaja sampai ke negara tersebut. Ada juga visa perlu dibayar semasa ingin keluar dari kaunter imegresen dan terdapat juga yang tidak perlu visa. Kena buat sedikit bacaan dan carian samada melalui egen urus perjalanan kita atau carian internet isu berkaitan. Contohnya ke Sudan beberapa kali, visa dibayar semasa saya ingin balik. Terpaksa tunggu dekat setengah hari baru siap. Kawan-kawan kat Sudan tahu perangai suka melengahkan kerja, jadi mereka dah beli siap-siap sebaik sahaja kami sampai di Khartoum. Bulan haji nanti saya akan ke Kenya, nasihat dari rakan NGO di sana bahawa visa kena beli melalui talian. E-Visa itu juga perlu masa paling tidak 3 hari baru lulus. Jangan jadi macam kawan saya yang nak masuk Bangalore India dua tahun lepas, e-visa tak pohon, terpaksalah berkampung dahulu di imegresen lapangan terbang untuk uruskan visa. Rugi masa.

3. Vaksin Demam Kuning (Yellow Fever) wajib diambil. Undang-undang wajib ini baru berkuat kuasa tahun lepas oleh WHO. Mana-mana pelancung atau yang ingin bekerja di negara-negara Afrika (34 buah) dan Amerika Selatan (13 buah negara) dikehendaki mengambil suntikan vaksin YF ini. Lihat gambar negara-negara berkenaan sebagai rujukan. Jangan pandang ringan pasal vaksin ini kerana jika dijangkiti boleh membawa maut. Demam kuning ini lebih kurang penyakit denggi juga. Nyamuk yang membawa virus YF pun sama, Aedes dan spesies Haemogogus. Demam kuning ini tak sama dengan penyakit kuning bayi baru beranak. Vaksin diambil sekali sahaja seumur hidup, cuma biasalah, barang baik ini mahal sikit harganya. Di Malaysia, klinik kerajaan tidak cucuk vaksin ini. Vaksin hanya boleh diambil dari klinik-klinik swasta atau hospital swasta yang diwartakan. Tidak semua premis swasta menyediakan khidmat suntikan vaksin YF. Jika di Pantai Timur, hanya Poliklinik Ibnu Sina, Kuantan Medical Centre dan Klinik As Salam Indera Mahkota (lihat pautan no 2 untuk premis seluruh negara). Saya baru je cucuk dua hari lepas. Jika tidak cucuk pun boleh, tetapi anda akan di kuarantin di KLIA selama 10 hari. Tidak boleh balik rumah. Memang sedap cuti kuarantin, tetapi bos pulak bising.

Pautan;

[1] Yellow Fever. https://www.who.int/news-ro…/fact-sheets/detail/yellow-fever

[2] Yellow Fever Travel Advisory. http://suhazeli.com/…/Yellow-Fever-Travel-Advisory-and-Appr…

Ulang siar entri Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika. 4.5 5 Unknown Thursday, June 27, 2019 Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika. Oleh : Dr Suhazeli Abdullah Dengarlah 3 Nasihat ini Sebelum ke Afrika Sediakan payung se...


No comments:

Post a Comment