Fakta Disebalik Tindakan Kementerian Wanita Tayang Video Sekks Untuk Kanak-Kanak..
Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Saya mahu mulakan posting 'Kementerian Wanita tayang video seks untuk kanak-kanak' ini dengan membentangkan beberapa statistik melibatkan permasalahan sosial serta kes jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.
1. Tahun 2018 merekodkan 75.5 % jenayah seksual yang berlaku terhadap kanak-kanak di negeri Selangor dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa. (Ia boleh jadi seorang bapa, abang, bapa saudara, abang ipar, abang sepupu, atuk, guru dan lain-lain)
2. 1 dari 4 orang kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan seksual sebelum berusia 18 tahun.
3. Setiap tahun, 3176 kes penderaan seksual melibatkan kanak-kanak direkodkan.
4. Kadar jenayah rogol amat membimbangkan di Kelantan pada tahun 2018. Menurut Ketua Polis Kelantan, rogol yang dimaksudkan itu perlakuan seks remaja bawah umur. Walau suka sama suka, ia tetap dinisbahkan sebagai jenayah rogol.
5. Dari tahun 2005 hingga 2015, seramai 543,363 anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia. Ia direkodkan oleh JPN.
6. Dari tahun 2012 hingga 2015, lebih 16 ribu remaja bawah umur melahirkan anak luar nikah.
Sejak 2 tahun yang lepas, saya giat ke sekolah, IPT, ceramah bersama ibu bapa, menulis dengan konsisten di fb, hanya dengan satu tujuan : mendidik seramai mungkin masyarakat dalam memahami pentingnya pendidikan seksualiti itu sendiri.
Sebab itu saya amat setuju dengan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi semalam, menjadikan video pendek pendidikan seksualiti sebagai ads pada siri kartun yang ditonton oleh anak di youtube.
Setahu saya, ada 5 buah video yang dipaparkan. Semuanya dengan tujuan mendidik,
1. Ajar kanak-kanak menjaga private part dari disentuh, dipegang dan diraba oleh individu yang dikenali atau tidak.
2. Ajar kanak-kanak untuk menjerit, melarikan diri dan memberitahu kepada ibubapa sekiranya ada seseorang individu cuba mencabul mereka.
3. Mengajar ibu ayah untuk menghubungi pihak berkuasa bila kejadian seperti ini berlaku.
4. Mengajar kanak-kanak membezakan sentuhan bersifat kasih sayang dan sentuhan seksual.
Itulah point yang penting mahu disampaikan. Bukan mahu ajar anak kau untuk beromen!
Sakit hati baca komen netizen. Mari saya jawab kebodohan-kebodohan ini (dari page Berita Harian)
a) "Budak 3 dan 4 tahun tahu apa? Tak payah ajar benda ni pun. Nanti lain yang jadi."
Ya Tuhan, pekatnya kebodohan. Sekali lagi saya ulang, pendidikan seks itu bukan mahu ajar anak awak buat seks. Namanya pun 'pendidikan'. Mengajar anak mengenai private part dan membezakan sentuhan selamat dan tidak adalah sub topik dalam pendidikan seksualiti.
b) "Lembu kambing mana ada belajar seks. Sampai masanya pandai la macam mana nak buat anak."
Ya tuan puan, ini lebih pekat bodohnya. Dia ingat manusia ni sama macam binatang. Harus diketahui, organ seksual paling penting bukan kemaluan, tetapi otak. Sebab itu kena didik anak dahulu agar otaknya mampu memelihara kemaluan dari merosakkan orang lain dan dirosakkan orang lain.
c) "Tak boleh ke ajar seks pada budak form 4 dan 5 sahaja?"
Ya ampun! Kalaulah dia ni ikuti posting aku di personal acc ni, confirm tak akan keluar komen ni. Kau nak ajar apa bila budak tu dan berusia 16 dan 17? Segala info pasal seks dia dah tahu. Melancap, romen, kondom, adult toys, porn, anime porn, lubricant bagai, bahkan ada yang dah ketagih seks dalam usia sebegini. Ajar dari awal bang. Talk now, protect always. Ini tahun 2019 kot.
d) "Tak payah video-video. Mereka kecil lagi. Masih pakai pampers."
Inilah bahana baca tajuk artikel tanpa baca keseluruhan berita. Sebab anak kau kecillah kena ajar dari awal. Refer balik statistik yang aku lampirkan di atas. Nak harapkan kau ajar pasal sentuhan selamat dan tidak, sampai kiamatlah tak dibuat.
e) "Sepatutnya TPM bagi penerangan kepada ahli PKR yang lelaki tak boleh bersemburit."
Tahi politik yang bodoh!
f) "Ajar budak-budak pasal seks ni semata-mata nak bagi budak akil baligh awal ke?"
Ya Tuhan! Budak sekarang akil baligh awal (terutama lelaki) sebab terdedah dengan imej-imej seksual bermula dari pra sekolah. Awal lagi dah terdedah dengan video lucah. Ramai mak bapak jenis pandai buat anak, then biarkan gitu je. Ikut kaulah nak main handphone, yang penting jangan kacau aku.
Budak sekarang ada yang akil baligh sebab keluarkan air mani sendiri. Sebab tu pentingnya pendidikan seksualiti. Ia akan mengajar anak-anak agar menghargai air mani yang diberikan Tuhan, ia adalah satu amanah dan tanggungjawab serta persoalan dosa dan pahala.
*******************
Banyak lagi komen yang lain. Cukuplah yang ini je. Urut dada je aku baca komen mereka ni.
Sukalah aku jelaskan, peranan media dalam menghangatkan satu-satu isu. Mereka akan letak headline yang panas. Barulah ramai yang views. Kita pula janganlah malas kemain untuk baca keseluruhan artikel.
Tabayyunlah dulu. Jangan nampak gopoh sangat memberi komen.
Faham kan?
Seks itu cara hidupan mengekalkan spesis. Pendidikan seks itu mengajar kanak-kanak untuk menghargai amanah yang Tuhan berikan. Ia pembelajaran sepanjang hayat.
#TukangCeramahBudakSekolah
#PembantuPelindungKanakKanakKotaSetar
***************
5 buah video PSA Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak di oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Malaysians Against Pornography (MAP).
Sumber: Saluran YouTube KPWKMTV
Bil. 1 https://youtu.be/OgqLIcy3Qts
Bil. 2
https://youtu.be/QVSQtVZRhHU
Bil. 3
https://youtu.be/1qYSfgHS5Fc
Bil. 4
https://youtu.be/KIoXsRVrVrA
Bil. 5
https://youtu.be/5mFr0pVuLgE

Ulang siar entri Fakta Disebalik Tindakan Kementerian Wanita Tayang Video Sekks Untuk Kanak-Kanak.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment