Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor..

 On Thursday, June 20, 2019  

Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor..

Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor..

Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan

"Doktor tu kata, kalau ambil ubat dia, nanti banyak kencing sebab ubat tu nak buang gula dari badan."

Melopong saya dengar.

Makcik ni ada kencing manis, kaki dia ada luka kencing manis (diabetic foot ulcer) yang agak teruk. Separuh jadi dah tanggal, kaki dah berlubang. Bernanah, dan hitam.

 
Saya cuci luka dia seminggu 2 kali, kemudian apabila semakin baik, saya suruh anaknya sambung cucian di rumah. Jumpa saya jadi 1-2 minggu sekali sahaja, dan akhirnya selepas 6 bulan untuk luka tu tumbuh kulit.

Sepanjang 6 bulan cuci luka, saya ada periksa paras gulanya, elok sahaja. Saya ingatkan dia agar teruskan ambil ubat kencing manis. Hanya bila gula terkawal, dan dibantu dengan cucian, maka luka tu boleh sembuh.

Bila dah elok, saya beritahu tak perlu jumpa saya untuk cucian luka. Memandang makcik duduk jauh dari klinik saya, saya sarankan dia sambung pantau dan ambil ubat kencing manisnya di Klinik Kesihatan berdekatan rumah.

Cara itu lebih praktikal dan efektif kos. Jimat, namun dari aspek bisnes, saya rugila. Tak apalah. Kebajikan pesakit lebih utama.

Saya boleh kata, pesakit ni dan anak serta menantu dia antara pesakit yang berdisiplin. Jika ada temujanji dengan saya, mereka pasti datang. Jika saya cadangkan ubat dia pasti beli dan guna/makan.

Tiba-tiba setelah lama tak jumpa saya, makcik muncul di klinik saya semula. Mengadu selalu pening dan kerap kencing. Saya periksa paras gula dia.

Itu dia! Tinggi! 20 mmol/L!

Saya jadi pelik. Selama 6 bulan ni, saya pantau, OK sahaja. Tiba-tiba melambung pula! Padahal saya tahu makcik seorang yang patuh cakap doktor. Jenis datang temu janji.

Tanya punya tanya, kemudian sampai di soalan ni.

"Makcik makan ubat tak?"

"Makan, tapi hari tu tak sempat nak ambil di KK sebab dia anak kerja. Jadi acik ambil dekat klinik dekat rumah tu. Acik makan ubat klinik tu je sekarang."


"Boleh saya tengok ubatnya?" pinta saya, kerana saya pasti makcik akan bawa. Sebelum ni pun dia sentiasa bawa ubat jika ke klinik.

Makcik pun keluarkan dan letak atas meja. Bila saya lihat ubatnya, jujur saya ada sedikit tak senang hati. Semua ubat tiada label kilang. (seperti dalam gambar). Apa bahan aktifnya? Entah.

"Sekarang acik ambil ubat ni je, ya? Ubat KK dah tak makan ke?"

"A'ah. Doktor tu kata kalau makan ubat ni, dah tak payah makan ubat hospital(KK). Cuma dia kata kalau dah nak pergi temujanji di KK nanti, berhenti makan ubat dia. Kalau tak berhenti, nanti kalau check gula, jadi tinggi."


Tadi tak senang hati, lepas dengar apa makcik cakap ni, aku jadi geram dan bila dengar jawaban berikutnya, aku jadi marah gila.

"Apa lagi dia pesan?" tanya saya.

"Doktor tu kata, kalau ambil ubat dia, nanti banyak kencing sebab ubat tu nak buang gula dari badan. Kena minum banyak."

Kasihan makcik ni. Saya tak pasti memang pilihan dia nak pergi klinik tu, atau dia tidak tahu klinik yang dia pergi tu klinik rawatan alternatif.

"Makcik tahu tak klinik yang makcik pergi ni klinik bukan doktor macam hospital? Ubat dia tak sama macam ubat klinik saya atau ubat hospital." jelas saya.

"Ye ke? Acik mana tahu. Cik pergi je klinik mana paling dekat dengan rumah."

OK. Saya bukan seorang doktor yang menolak perubatan alternatif sepenuhnya. Namun saya menolak pengamal perubatan alternatif yang memberi rawatan tanpa memberitahu pesakit jenis rawatan yang diberi.

Saya juga menolak pengamal yang memberi rawatan yang bercanggah terus dengan rawatan hospital, yang menyuruh pesakit berhenti ubat hospital, yang mengajar pesakit menipu hospital.

Jika rawatan alternatif itu melengkapi rawatan hospital, maka saya tiada sebab untuk menolak.

Antara tanda-tanda kencing manis tak terkawal adalah: kerap kencing sehingga berpuluh kali sehari, kerap minum kerana haus teramat, dan terasa lesu serta sakit kepala.

Makcik ni ada semua tu, dan boleh pula pengamal itu kata itu ertinya tubuh nak buang gula dari badan. Itu konsep yang salah. Namun, kerana makcik ni jenis percaya dah patuh pada doktor, maka dia terima sahajalah.

Lagipun, di premis rawatan tu ada tulis "klinik".

Kasihan makcik. Penat dia jaga makan, jaga pengambilan ubat dia selama ini sehingga boleh capai paras gula elok, tiba-tiba ada orang tukar sehingga jadi tunggang langgang semula.

Saya harap orang awam cakna tentang kewujudan perbezaan aliran perubatan. Ada aliran yang tidak sehaluan langsung dengan perubatan hospital, malah ada memusuhi perubatan hospital.

Hati-hati. Sekali lagi, sangat pesan, hati-hati.

Ulang siar entri Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor.. 4.5 5 Unknown Thursday, June 20, 2019 Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Dari Perawat Alternatif Yang Mengaku Doktor.. Oleh : Kamarul Ariffin Nor Sadan "Doktor tu kata, k...


No comments:

Post a Comment