Cikgu Bersyukur PPSMI Tidak Akan Dikembalikan..
Oleh : Mohd Fadli Salleh
Alhamdulillah. Seronok baca berita dan perkembangan ini.
Dari kaca mata aku sebagai seorang ayah, aku setuju jika Sains dan Matematik diajar dalam English.
Aku setuju kerana aku tahu kemampuan anak aku boleh follow, InsyaAllah. Dan lebih penting aku sebagai bapa akan sokong dia penuh.
Kat rumah aku akan turut sama ajar dan bimbing. Buku-buku dan rujukan aku akan cari dan sediakan. Bahkan aku sanggup keluar modal hantar dia tuisyen atau upah tutor demi pendidikan anak aku.
Namun dari kaca mata aku sebagai guru, aku tidak menyokong PPSMI dilaksanakan semula.
Kerana aku sendiri yang alami dan hadapi sejak tahun pertama ia diperkenalkan. Kerana aku tahu bahasa dan pengiraan ini perlu pedagogi berbeza. Dan kemampuan anak-anak itu tidak sama semuanya.
Lebih penting, di luar bandar terutamanya sokongan ibubapa tu amat kurang.
Mereka menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik anak-anak pada guru di sekolah. Dan guru pula tidak mampu menumpukan perhatian pada anak kita sahaja.
Sebab itu murid yang perlahan terus tertinggal jika mereka tiada motivasi dan tidak belajar bersungguh-sungguh.
Kini lebih mudah. Ibubapa ada pilihan. Boleh pilih sekolah yang punya kelas DLP jika ingin anak-anak belajar Matematik dan Sains dalam English.
Paling penting, kita kena tahu kemampuan anak-anak kita. Jangan kita syok sendiri sahaja.
Jangan ingat ianya bagus dan anak kita mampu ikuti tanpa dorongan dan sokongan kita sebagai ibubapa.
Banyak sangat kes ibubapa mengeluarkan semula anak-anak mereka dari kelas DLP bila anak-anak tidak dapat ikuti.
Sebab itu banyak kali aku menulis tentang kelas DLP ini. Aku menulis sangat perlu ibubapa tahu kemampuan anak-anak mereka sebelum daftarkan anak untuk masuk kelas DLP.
Jika keputusan mereka merudum, sokongan di rumah dan tuisyen itu sangat perlu. Ini bagi mengelakkan anak-anak kita terus tertinggal dalam pelajaran seterusnya membunuh minat mereka dalam Matematik dan Sains khususnya.
Terima kasih kepada Menteri Pendidikan kerana mendengar suara kami di peringkat bawahan ini.
Tidak dinafikan English itu sangat penting. Namun usaha untuk memperkasakan subjek English bukanlah melalui Matematik dan Sains.
Subjek Seni dan Muzik mungkin lebih sesuai. Atau mungkin program dan dasar lain yang lebih bagus untuk menjayakannya.
Sekian.
Sumber gambar dan berita : Cikgu Share
#MFS : Suara akar umbi didengari.

Ulang siar entri Cikgu Bersyukur PPSMI Tidak Akan Dikembalikan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment