Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang.

 On Monday, July 29, 2019  

Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang.

Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang.

SOSMED | Selepas media mendedahkan Syafie Naswip adalah pelakon lelaki yang disiasat kerana memukul bekas tunangnya, pelakon popular itu automatik menjadi sasaran terbaru tentera bawang.



Hal ini bertambah sensasi berikutan portal Sinar melaporkan Syafie memukul bekas tunangnya, Aishah Azman selepas menasihati Syafie agar menghentikan perhubungan songsang dengan kenalannya.

Terdahulu, beberapa media arus perdana negara melaporkan Syafie disiasat kerana memukul Aishah dalam satu kejadian yang berlaku pada 26 Jun 2019 sekitar jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, kejadian bermula apabila Syafie dipercayai datang ke rumah bekas tunangnya yang juga seorang pelakon di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang.

“Wanita berusia 23 tahun mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus maki menggunakan kata-kata kesat.

“Berdasarkan siasatan polis, pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang pelakon dengan kenalannya,”
jelasnya dalam satu kenyataan.

Ismadi juga berkata, suspek berang dengan permintaan wanita itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

“Wanita terbabit ada mengambil gambar, namun dipadam oleh suspek secara senyap. Mangsa dirujuk ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, namun tiada kesan kecederaan kerana kejadian itu sudah lama berlaku.

"Menurut mangsa dia lambat membuat laporan kerana pada awalnya mahu menyelesaikan perkara itu secara baik, namun bekas tunangnya telah bertindak berlebihan".

"Suspek ditahan selepas datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk diambil keterangan, malam tadi. Hasil soal siasat dilakukan, suspek mengaku seperti yang didakwa mangsa. Selepas keterangannya diambil, suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan,”
katanya lagi.









Untuk rekod, kedua-dua pelakon tersebut telah memutuskan pertunangan secara rasmi pada 21 Julai. Pengumuman dan pengesahan kepada media kemudiannya dibuat pada 23 Julai yang lalu.

Di media sosial, terutamanya Instagram Syafie mula dibanjiri komen-komen dari tentera bawang dan pemerhati yang mengikuti perkembangan kes ini dengan rapat.

Kebanyakan dari mereka dilihat mahukan penjelasan samada Syafie benar-benar gay atau tidak, berbanding mengecam Syafie yang terlibat dalam kejadian memukul bekas tunang. - 29 Julai 2019.

Ulang siar entri Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang. 4.5 5 Unknown Monday, July 29, 2019 Didakwa Gay, Syafie Naswip Kini Menjadi Sasaran Tentera Bawang. SOSMED | Selepas media mendedahkan Syafie Naswip adalah pelakon lelaki...


No comments:

Post a Comment