Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui.

 On Thursday, July 4, 2019  

Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui.

Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui.

SEMASA | Kerajaan masih tidak dapat mengesan punca pencemaran udara di Pasir Gudang selepas ujian keracunan tidak menunjukkan sebarang bahan tercemar, kata Yeoh Bee Yin.
 

 
“Semasa kejadian Sungai Kim Kim, bahan tercemar dijumpai dalam sampel darah dan air kencing mangsa menyamai bahan tercemar acrolynitrile.

“Ujian toksikologi ke atas 85 sampel daripada 42 pelajar adalah negatif,”
kata menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim itu di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Yeo, pada Mac lalu, sumber pencemaran di Sungai Kim Kim dan mangsa sepadan dengan aliran pergerakan angin yang membawa bahan tercemar.

“Tetapi dalam kes sekarang, lokasi kes jauh. Ujian simulasi di lokasi mangsa juga tidak dapat menunjukkan sumber pencemaran.

“Ketika pelajar yang terjejas di Sungai Kim Kim mengalami sesak nafas apabila kadar gas tinggi, keadaannya tidak begitu sekarang.

“Kebanyakan pelajar dalam kejadian ini mengalami mual dan sesak nafas walaupun bacaan udara di lokasi itu normal,”
kata Yeo. 


Menurut Yeo lagi, kerajaan akan memastikan semua kilang yang didapati beroperasi secara haram di Pasir Gudang, Johor ditutup.
 

Yeo Bee Yin berkata ini antara langkah bagi mengawal kualiti udara di kawasan berkenaan yang kini sekali lagi berdepan isu pencemaran selepas insiden Sungai Kim Kim pada Mac lepas.

"Hari ini saya ada satu mesyuarat dengan Menteri Besar Johor, kita akan membuat sesuatu yang mana kita nak sasar kilang-kilang haram.

"Dalam masa sebulan ini kita akan adakan operasi bersepadu supaya kita tutup semua kilang-kilang haram di Pasir Gudang,"
katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

"Saya juga nak minta anggota-anggota Dewan Rakyat dan rakyat di Pasir Gudang supaya lapor kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) kalau ada maklumat tentang kilang-kilang haram, kita akan pergi dan tutup," kata Yeo.

Beliau menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkaitan kedua-dua insiden di kawasan berkenaan. - 4 Julai 2019.

Ulang siar entri Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui. 4.5 5 Unknown Thursday, July 4, 2019 Kilang Haram Akan Ditutup, Punca Pencemaran Masih Tidak Diketahui. SEMASA | Kerajaan masih tidak dapat mengesan punca pencemaran udara...


No comments:

Post a Comment