Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin.

 On Wednesday, November 20, 2019  

Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin.

Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin.

“Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘sakit, sakit’ ketika dalam perjalanan ke hospital,” kata Ridzuan Mega Abdul Rahman, 27, ketika memberi keterangan kepada polis terhadap kematian anaknya berusia lima tahun pada Oktober 2016.



Keterangannya itu dibacakan pegawai polis yang merekodkan keterangannya pada 27 Oktober 2016 di mahkamah di sini, semalam, ketika perbicaraan Ridzuan dan isterinya, Azlin Arujunah, 27, yang dituduh membunuh anak mereka.

Menurut laporan akhbar Straits Times, Azlin, dalam keterangannya kepada polis tiga hari selepas kematian anaknya itu berkata, dia tidak berniat membunuh mangsa.

“Bagaimana saya mampu membunuh budak? Tengoklah badan saya yang kecil ini,” katanya dalam kenyataannya kepada polis yang dibacakan di mahkamah pada hari ketiga perbicaraan semalam.

Dalam satu lagi kenyataan, wanita itu berkata: “Saya tiada niat mencurahkan air panas ke atasnya jika dia berkelakuan baik kepada saya.”

Azlin dan Ridzuan juga menghadapi beberapa tuduhan mendera, termasuk mengurung mangsa dalam sangkar kucing, mengepitnya dengan ragum dan memukul mangsa dengan penyapu.

Antara 15 Oktober dan 22 Oktober 2016, pasangan itu mencurah air panas terhadap mangsa, sekurang-kurangnya empat kali dan ujian menunjukkan kepanasan air itu 92.6 darjah Selsius.

Apabila budak itu rebah selepas deraan terakhir, mereka membawanya ke hospital, terlewat enam jam namun mangsa meninggal dunia pada pagi 23 Oktober.

Azlin berkata, dia memukul anak lelakinya itu bagi mendisiplinkannya.

“Jika saya berniat membunuhnya, saya juga akan membunuh anak saya yang lain, namun mereka selamat dan saya tidak pukul mereka.

“Sebagai ibu, saya tidak sampai hati membunuh anak sendiri,”
katanya. (Harian Metro)

Ulang siar entri Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 20, 2019 Dera Anak Autism Sampai Mati, Mak Bapa Tidak Menyesal, Halalkan Dera Atas Nama Disiplin. “Anak saya merengek kesakitan dengan berkata ‘...


No comments:

Post a Comment