Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik.

 On Wednesday, November 27, 2019  

Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik.

Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik.

SOSMED | Tindakan portal Sinar Harian yang melaporkan masalah babi di kawasan perumahan pangsapuri di Ketumbar Height dikecam netizen.

Ini kerana portal itu cuba mengambarkan masalah babi di kawasan tersebut berpunca dari sikap orang yang membela babi-babi itu.


Namun menurut seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhammad Harris Nasril, beliau berkata babi dikawasan tersebut bukannya dibela sebaliknya adalah babi liar yang terperangkap antara habitat asal yang dimusnahkan dengan kemajuan pembangunan di kawasan sekitarnya.

"Saya dulu ada beberapa kali hiking di sini. Saya tak fikir babi-babi tersebut dibela.


Sinar Harian ni pun patut siasat dulu. https://www.sinarharian.com.my/…/[VIDEO]-Bela-babi-di-kawas…

(macam jilaker Sinar Harian buat berita letak tanda soal. kau siasat la dulu bongok!)

Untuk pengetahuan, dibelakang apartment tu, ada satu bukit hutan besar, Bukit Ketumbar. Dari sana lah datangnya babi-babi hutan ni.

Oleh kerana terdapat ramai hikers selalu hiking di sini, mereka beri babi-babi hutan ni makan. Akibatnya mereka jadi jinak. Kalau korang tiba di puncak bukit ni, di sana lagi ada banyak babi hutan. Saya ada rakam video babi-babi tersebut di sini tahun lepas : https://www.facebook.com/penyuburjiwa/videos/10156527351428592/

Kenapa ada banyak babi hutan? Untuk pengetahuan, bukit ini dulu sebahagian dari hutan hulu langat yang lebih besar. Dari hutan itulah mereka datang. Tapi sayang, kini mereka terperangkap di bukit itu. kerana ada pembinaan jalanraya telah memotong hutan di bukit ini dengan Hutan Hulu Langat.

Kasihan babi hutan itu. Sudahlah diperangkap di hutan bukit yang sekangkang kera itu akibat kerja manusia juga, difitnah pula oleh manusia bahawa babi tersebut dibela oleh seorang ahso. Sekarang dah jadi macam isu perkauman pula. Apa la korang ni. Tukang rakam tu bebal, tukang buat berita pun bebal. Tukang share tanpa usul periksa 10x bebal,"
tulisnya dalam kenyataan itu.


Berdasarkan tinjauan diruangan komen di halaman Facebook Sinar Harian, pihak kami mendapati apa yang didakwa oleh Tuan Harris itu sememangnya benar.

Kelihatan beberapa pengomen, khususnya dikalangan orang Islam telah memberikan komen berbaur perkauman dan kebencian terhadap satu bangsa akibat terpengaruh dengan laporan Sinar Harian.

Sinar Harian setakat ini belum memberikan apa-apa maklum balas terhadap kritikan terhadapnya berikutan melaporkan berita kurang tepat. - 27 November 2019.

Ulang siar entri Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 27, 2019 Kerana Menfitnah Babi, Portal Sinar Harian Dikritik. SOSMED | Tindakan portal Sinar Harian yang melaporkan masalah babi di kawasan pe...


No comments:

Post a Comment