Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa..

 On Tuesday, November 26, 2019  

Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa..

Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa..

SOSMED | Kisah ini dikongsikan oleh seorang facebooker yang dikenali sebagai Ayu Jailani.

Ia adalah kisah benar Ayu kerana wanita itu juga sebenarnya sedang menjaga seorang kanak-kanak yang sakit.
Gambar : Ayu Jailani
Kisah ini dikongsikan Ayu pada 24 November lepas dan kini telah dikongsikan lebih dari 1,400 kali setakat ini.

Apa yang membuatkan rata-rata netizens sebak membaca kisah ini ialah kisah adik Najib yang diibaratkan tidak mempunyai ibu bapa walaupun sebenarnya ibu bapanya masih hidup. 

Sebaliknya ibu bapanya menyerahkan tanggungjawab menjaga anak syurga mereka kepada pekerja-pekerja Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Nak share kisah pesakit katil sebelah. Kalau kita rasa keadaan kita paling sedih, ingatlah ada lagi hidup yang lagi sedih. Nama budak ni Najib. 

Pada awalnya kita ingat dia anak india.. sebab malam pertama yang jaga dia aci india. Pastu esok malam tengok uncle chinese pulak. Eh aku dah heran.. budak ni chindian ke.. okaylah, diam lagi. Kadang bukan kita sombong tp ada org tak suka cerita kisah dorang. Fine lah.. wa lek wa peace lagi... tiba-tiba, hari ke 3 incess tutup keliling langsir sebab masa melawat doktor sarankan tutup katil dia sebab taknak kena infection dari pelawat-pelawat sebelum operation. Tengah duduk-duduk dengar orang mengaji kat katil sebelah. Selak la langsir, ada pak haji mengaji kat tepi telinga Najib. 

Masa ni otak 1 malaysia aku pun dah start confuse. Maka dengan itu, aku keluar la duduk depan katil. Masa ni aci india yang jaga tapi bukan aci kelmarin. Aci lain... lepas habisnya pak haji tu ngaji kan baru lah tahu kisah sebenar dia. Oh NAJIB rupanya... selama ni dengar macam RANJIT tu yang dok pikir anak aci tu!

Chronology cerita :


Najib anak yang masih ada ibu bapa tapi dihantar ke rumah kebajikan. Ibu bapa Najib tak boleh terima keadaan najib sakit macam ini. Dulu Najib normal, sekarang tak tahu kenapa makin lama dia makin sakit sampai sekarang mata dia dah separa buta. Tak boleh bangun tak boleh jalan tak boleh cakap tak boleh semua. Mampu baring macam incess je.

Rupanya najib dah 4 bulan lebih kat hospital ni.. dia dah masuk banyak hospital termasuk private hospital semua ditanggung Jabatan Kebajikan Masyarakat. Barulah aku paham yang datang jaga bertukar orang tu rupanya pekerja kebajikan. Mak bapak Najib mana?

Ada. Duduk dekat je dari hospital ni. Tapi selama 4 bulan kat sini, berapa kali mak bapak dia datang? 2. Yer! 2 kali je. Sekali mak dia datang untuk selfie dengan ambil gambar je. Sekali lagi bapak dia tanya dah berak? Dah kencing? Dah susu? Dah makan? Tanya kat penjaga pekerja kebajikan tu. Pastu balik!

Rumah kebajikan cuba cari waris lain selain mak bapa najib, ada sorang. Pakcik dia. Bila contact pakcik dia untuk tanggungjawab jaga najib kat hospital sebab kaki tangan rumah kebajikan tak ramai, pakcik dia jawab apa? Kalau sehari RM60 bolehlah. Seriously? Camtu korang layan anak syurga ni? Haii lah manusia 😔

Sekarang shift aci tadi dah habis, dia pun balik... Najib tinggal sorang dan aku mampu tengok kan aja, kesian awak Najib. Sampai hati mak ayah awak buat mcmni. Sekurang-kurang nya incess akak ni mak dia taknak, ayah akak dengan adik beradik lain sayang incess. Tapi awak? Allahu... anak-anak yang sihat semua mak ayah awak jaga. Anak-anak yang sakit dia hantar rumah kebajikan. Bukan ke patutnya yang sakit perlukan sokong keluarga lebih dari yang sihat?

Sumber cerita : kita dapat dari aci penjaga najib. Sekian cerita untuk munasabah diri ❤️,"
tulisnya panjang lebar dalam kenyataan itu.


Sama-sama kita doakan kesembuhan adik Najib dan dibukakan hati ibu bapanya untuk menerima adik Najib kembali. Mengutuk memang mudah tetapi malangnya itu tak membantu menyelesaikan masalah adik Najib pun. Bagi mereka yang kenal dengan adik Najib dan keluarganya, nasihatilah keluarga itu, usahlah ditinggalkan anak yang kesakitan itu. Sesungguhnya anak itu walaupun sakit, lemah, tanpa suara dan hampir buta, tetap memerlukan perhatian dan kasih sayang keluarga. - 26 November 2019.

Ulang siar entri Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa.. 4.5 5 Unknown Tuesday, November 26, 2019 Sebaknya Baca, Anak Sakit Ditinggalkan Ibu Bapa.. SOSMED | Kisah ini dikongsikan oleh seorang facebooker yang dikenali sebagai Ayu Jai...


No comments:

Post a Comment