JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham.

 On Wednesday, December 25, 2019  

JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham.

JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham.

SEMASA | Sentimen anti jawi semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat cina. Mereka telah dihasut oleh Dong Zong dan telah memahami isu ini secara salah.


Secara umumnya kita boleh melihat, kebanyakan masyarakat cina yang melawan memberikan alasan seperti berikut;

1. Tak perlu paksa belajar jawi di SJKC

2. Jawi ialah bahasa, murid dah terbeban.

3. Jawi ialah proses islamisasi dan budaya arab

Adakah benar dakwaan mereka itu? Tidak benar sama sekali. Seperti yang dikatakan, mereka telah memahami isu jawi ini secara salah dan mengulasnya diluar dari konteks.

Pertamanya, setelah didesak berulangkali, Kementerian Pendidikan akhirnya terpaksa akur pada tuntutan Dong Zong dan beberapa pihak lainnya. Mereka berkata PIBG di setiap sekolah vernakular berhak memutuskan samada MAHU atau TIDAK MAHU mengajar silibus berkaitan jawi di subjek Bahasa Malaysia kepada murid-murid sekolah.

Ini bermakna, sentimen seperti DIPAKSA BELAJAR JAWI tak sepatutnya wujud lagi. Kerana kelonggaran itu telah diberikan. 

Tujuan KPM memperkenalkan jawi sejak tahun 2015 di subjek teras Bahasa Melayu, adalah atas nama MEMUPUK PERPADUAN DAN TOLENRASI DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA YANG BERBEZA BANGSA.

Hal ini penting ya, kerana nak menyatukan rakyat Malaysia berbeza kaum. Selain itu, KPM juga mahu rakyat Malaysia ini mengenal sejarah dan budaya kaum-kaum yang berbeza dari mereka. Kerana itu di sekolah kebangsaan, subjek Bahasa Melayu turut memasukkan silibus mengenai adat dan budaya kaum cina dan india. Ini untuk membunuh diskriminasi dan perkauman. Bagaimanapun niat baik KPM ini gagal difahami Dong Zong sebaliknya KPM telah dikecam bertubi-tubi oleh masyarakat cina, khususnya bagi mereka yang rasis dan prejudis.

Keduanya, jawi bukanlah sejenis bahasa. Jawi ialah tulisan, seni tulisan. Ia punya nilai sejarah di Malaysia kerana itulah tulisan Bahasa Melayu yang asal sebelum dipinda kepada rumi. Dalam ertikata lain, pengenalan jawi di Bahasa Melayu juga bermakna, masyarakat kita belajar mengenai sejarah negara sendiri. Maka ia bukanlah sesuatu yang perlu dikecam.

Apatah lagi yang diajarkan kepada murid-murid bukanlah subjek baru, maka alasan membebankan murid tidak relevan sama sekali.

Disamping itu, pengenalan jawi 3 mukasurat itu bukanlah belajar jawi secara khusus. Sebaliknya hanya menerangkan maksud tulisan jawi di Jata Negara, Ringgit Malaysia dan beberapa lambang negara. Ia bukanlah boleh ditakrifkan sebagai BELAJAR JAWI sebenarnya. Maka penentangan Dong Zong dan masyarakat cina ke atas isu tulisan jawi ini sangatlah tidak perlu dilakukan jika mereka boleh memahami perkara semudah ini.

Ketiganya, jawi di subjek Bahasa Melayu tidaklah patut dianggap sebagai proses islamisasi. Pengenalan jawi di subjek Bahasa Melayu telah dilakukan sejak tahun 2015. Ketika itu hal ini tidak pernah menjadi perbincangan dan berdebatan awam pun. Dong Zong pun tak pernah bersuara menentangnya.

Hal ini baru menjadi kecoh selepas Pakatan Harapan mentadbir negara. Ia menjadi polemik politik dan menjadi isu yang menggangugugat perpaduan negara malahan membiakkan sentimen rasis dikalangan rakyat Malaysia.

Jawi bukanlah budaya arab. Tidak dinafikan tulisan jawi berasal dari huruf-huruf arab tetapi ia adalah budaya Tanah Melayu. Penyerapan budaya disebabkan perkembangan agama ini bukanlah sesuatu yang baru namun tidak patut dibaca sebagai negatif.

Sejak dahulu lagi telah ramai orang cina yang belajar jawi, menulis dan membaca jawi di Tanah Melayu yang seterusnya menjadi Malaysia, tidak pula mereka memeluk agama Islam.

Mereka menukar agama bukan kerana jawi. Ia kerana pilihan hidup masing-masing. Jawi bukanlah proses islamisasi. Ia ada di papan tanda, di ringgit Malaysia, di barang-barang jualan, even syarikat cina juga menggunakan tulisan jawi di produk, adakah mereka semua telah memeluk Islam? Adakah itu ialah proses islamisasi?

Sebaiknya, masyarakat cina perlu menghalang diri dari dibiar dihasut secara perkauman oleh NGO yang mempunyai motif politik.

Kerana jika negara ini hancur dan berpecah dek perkauman, kamu juga akan menerima akibatnya. Fikirkanlah. - 25 Disember 2019.

Ulang siar entri JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham. 4.5 5 Unknown Wednesday, December 25, 2019 JAWI Di Vernakular, Apa Yang Masyarakat Cina Perlu Faham. SEMASA | Sentimen anti jawi semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat cina....


No comments:

Post a Comment