The Edge Enggan Minta Maaf Selepas Menfitnah Ustaz Hasrizal.
SEMASA |Wartawan portal The Edge enggan melayani tuntutan maaf dari Ustaz Hasrizal selepas portal itu terkantoi menyebarkan gambar Ustaz Hasrizal yang dibayangkan sebagai Ahmad Saiful Islam Mohammad dalam laporannya semalam.
Ahmad Saiful Islam Mohammad merupakan anak lelaki kepada Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu yang didakwa baru-baru ini kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Portal itu melaporkan pendakwaan ke atas Ahmad Saiful Islam tetapi menggunakan gambar Ustaz Hasrizal yang juga dikenali dengan nama penanya, Saiful Islam.
Dipercayai wartawan tersebut terkeliru di antara Ahmad Saiful Islam dan Ustaz Hasrizal kerana tidak membuat semakan.
Kekeliruan itu kemudiannya dengan segera dipersoalkan Ustaz Hasrizal, yang mana gambarnya telah disalahguna.
Selepas isu itu menjadi tular, portal THE EDGE telah membuat pembetulan dengan menukar gambar tetapi enggan mengakui salah meskipun berasa kesal.
"An earlier picture accompanying this story wrongly identified Hasrizal Abdul Jamil as Ahmad Saiful Islam Mohamad. The picture has been changed and the error is regretted," tulis portal itu.
Disebabkan portal tersebut enggan mengakui kesilapannya, maka Ustaz Hasrizal membuat laporan SKMM agar satu tindakan tegas dapat diambil terhadap The Edgde.
"Kira-kira 10 tahun yang lalu wartawan Utusan Malaysia pernah mencuri artikel saya dan mengolahnya menjadi artikel sendiri. Setelah diugut tindakan undang-undang, sebuah permohonan maaf comel di bucu akhbar dibuat.
Hari ini (3 Januari 2019) wartawan The Edge, sebuah akhbar berprofail tinggi terutamanya di dalam kes sebesar 1MDB, membuat laporan kes jenayah dadah menggunakan foto saya, berisiko mendedahkan saya kepada pelbagai masalah terutamanya kerana liputan berita tersebut di dalam bahasa Inggeris. Satu permohonan terbuka diminta tetapi tidak dipedulikan.
Kewartawanan seperti inilah yang menjahanamkan kesejahteraan sosial, dilakukan oleh agensi yang mendakwa memperjuangkan integriti dan kesahihan fakta.
Saya berada jauh dari tanahair dan buat masa ini merumitkan tindakan perundangan secara ‘remote’. Tetapi aduan rasmi telah dibuat ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) agar kes serius seperti ini yang berlaku ke atas rakyat marhaen tidak terlepas begitu sahaja," katanya pada Jumaat. - 4 Januari 2019.

Ulang siar entri The Edge Enggan Minta Maaf Selepas Menfitnah Ustaz Hasrizal. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment