PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku..

 On Thursday, April 28, 2016  

PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku..

PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku..

Dalam kehangatan parti setiap parti politik berkempen untuk meraih undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, seorang peniaga di negeri tersebut mengambil langkah bijak dengan menjual air buah pelbagai perisa dan warna melambangkan parti politik yang bertanding.
Gambar peniaga tersebut tersebar di laman sosial semalam yang menjual air berwarna hijau berserta logo PAS, jingga mewakili Parti Amanah Negara serta biru melambangkan Barisan Nasional (BN).
Sungguhpun ada yang mengecam tindakan peniaga ini, namun ianya menunjukkan daya kreativiti serta pemikiran oportunis dengan mengambil kesempatan meningkatkan daya jualan berdasarkan produk biasa.
Seramai 229 calon bertanding pada PRN Sarawak kali ini menyaksikan 5 Dewan Undangan Negeri (DUN) bertanding 5 penjuru, 12 DUN bertanding 4 penjuru, 28 DUN bertanding 3 penjuru, 35 DUN pertembungan 1 lawan 1 manakala 2 DUN dimenangi Barisan Nasioanal (BN) tanpa bertanding.
Proses penamaan calon menjadi permulaan kepada tempoh berkempen selama dua minggu berakhir 12 tengah malam 6 Mei depan.
Hari pengundian berlangsung di seluruh Sarawak pada 7 Mei. - MD.

Ulang siar entri PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku.. 4.5 5 Unknown Thursday, April 28, 2016 PRN Sarawak - Air 'PAS' Yang Paling Laku.. Dalam kehangatan parti setiap parti politik berkempen untuk meraih undi bagi Pilih...


No comments:

Post a Comment