Kisah Cinta Agung Di Teluk Intan Membuatkan Netizens Sebak - Matinya Mereka Dalam Keadaan Berpelukan.
Tak pasti sangat siapa mereka secara peribadi tetapi pada hari ini warga Teluk Intan rupa-rupanya memerhatikan pasangan ini dari satu sudut dan tanpa disedari pasangan ini rupanya disayangi dan dikagumi oleh warga Teluk Intan meskipun tidak pernah diakui. Siapa tahu rupa2nya pasangan ini diperhatikan oleh kami semua!
Aku sendiri secara peribadi gemar memerhatikan mereka setiap kali terserempak kerana merasa simpati.
Tabahnya uncle tu mengayuh panas-panas begini.
Kesiannya kena cari kotak untuk dijual.
Cuaca macam nak gelap harap2 mereka sempat sampai ke rumah.
Eh mereka lagi. Nak ke mana agaknya.
Mana anak2 dorang ek. Takde anak takde sedara ke.
Kuatnya uncle neh kayuh. Tak penat ke.
Eh dorang lagi. Kesian. Kalau la aku kaya..
Itu yang aku fikir dalam ahti. Setiap kali nampak kelibat pasangan tersebut di atas jalanraya. Mereka memancing perasan ingin tahu aku. Pernah sekali nampak uncle tu mengayuh tanpa isteri. Tertanya2 juga. Kenapa kali ini berseorangan. Pendek kata kelibat uncle tersebut setiap kali berada di atas jalanraya diperhatikan oleh aku secara konsisten. Tanpa jemu.
Dan kelmarin menjadi hari terakhir pasangan tersebut mengayuh di atas jalanan. Nyawa mereka diragut oleh pemandu lori. Pemandu berkenaan bukan sahaja merentap nyawa pasangan tersebut bahkan lari selepas melanggar. Itu yang tersebar di laman facebook. Buat pemandu lori tersebut 'terima kasih' kerana meragut nyawa pasangan bahagia. Semoga anda akan dibalas sewajarnya. Untuk pasangan tersebut, damai la disana..
--------------------------------
Uncle, Aunty dan Teluk Intan.
Dalam kenangan.
Dalam kenangan.
Tak ada orang yang tak pernah jumpa pasangan suami isteri ini di Teluk Intan. Mereka akan sentiasa bersama. Bermula bertiga, tinggal berdua, hari ini, kedua-duanya berpindah alam. Depa kena langgar lari tengahari tadi dengan pemandu lori yang tak prihatin.
Aku jumpa depa hari-hari. Ada masanya depa singgah foodcourt cari besi, kotak atau apa-apa yang boleh bikin duit.
Kadang-kadang aku rasa Pekan Teluk Intan dah penuh dengan orang yang sentiasa nak cepat. Berbeza dengan pekan yang dulu, lebih chill. Bawak lori pun macam merempit, bawa reta laju-laju, naik motor pun serupa tak mengucap. Kau orang ni nak pi mana? Enjoy lah detik kehidupan.
Selamat berehat Uncle & Aunty. Kawan-kawan kabor, mayat mereka berpelukan. Inilah cinta kau tahu. Sentiasa bersama susah senang, panas hujan juga walaupun orang skeptik mahupun prejudis. Moga anak-anak Uncle & Aunty dapat pembelaan wajar.
Psst: Kredit gambar kepada tuan punya. Pinjam ya.
(rujuk)
----------------------
Teluk Intan kehilangan 'guru' paling berharga.
Saya tak kenal mereka berdua tapi saya tahu mereka. Mereka berbangsa cina dan dikenali oleh semua kaum.
Saya tak kenal mereka berdua tapi saya tahu mereka. Mereka berbangsa cina dan dikenali oleh semua kaum.
Mereka sentiasa berada di tepi jalan raya sekitar Bandar Teluk Intan mengutip kotak dan tin. Suaminya mengayuh. Isterinya membonceng. Setiap kali ada tin ditepi jalan..isteri akan turun mengutip dan menyimpan dalam plastik. Kembara mereka berterusan hingga ke belakang pasaraya dan kedai kedai..mengutip kotak kotak dilipat dan diletakkan dalam basikal roda tiga.
Mereka terus kembara..kadangkala isteri ketawa bila mendengar suaminya membebel. Mereka sebenarnya OKU kategori masalah akal. Tapi mereka tak gila. Mereka tak ganggu orang. Mereka cuma tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Mereka mungkin autistic atau autisme. Mereka ada sepasang anak lelaki..kemungkinan kembar yang juga agak lembam ( mungkin autistic spectrum disorder) seorang sudah meninggal. Tinggal seorang.
Semalam kedua uncle dan auntie ini meninggal dunia akibat dilanggar lori di simpang lampu isyarat kampung banjar teluk intan. Mayat mereka amat sayu. Dikatakan berpelukan. Mayat isteri diatas suami berpelukan. Seolah olah sebelum lori melenyek mereka, isteri cuba memeluk suaminya supaya terselamat namun kedua duanya mati di tempat kejadian. Sejak detik itu kami warga teluk intan kehilangan ' guru ' paling unik di pekan ini. Kenapa saya gelar mereka guru?. Mari saya ceritakan sedikit pengajaran tentang mereka kepada kita.
Mereka uncle dan auntie ini OKU tapi tak pernah meminta malah sudi memberi.
Mereka pasangan setia sepanjang masa bersama. Diatas basikal roda tiga itulah tempat mereka berdua. Penduduk teluk intan begitu tersentuh bila melihat auntie ini mengelap peluh suaminya yang berkayuh. Mereka dilihat kerap berpanas dan berhujan bersama. Pernah yang ada orang bercerita tentang saat uncle berhenti di station minyak untuk mandi dia memberikan wang pada isterinya..isterinya menunggu suaminya habis mandi dan isteri menghulurkan air mineral pada suami utk diminum dan isteri mengelap rambut suaminya. Selepas itu isterinya minum air dari botol yang sama.
Ternyata perbuatan itu sangat menyentuh hati warga. Pasangan yg oku tapi cinta mereka sempurna. Berkongsi sekecil kurnia dan rezeki Allah beri. Berpuashati dengan apa yang ada. Pernah diceritakan bahawa uncle ini pernah berkata dia tiada wang untuk pengkebumian anaknya yang mati dilanggar kereta beberapa tahun lepas. Dia membawa jenazah anaknya menggunakan basikal roda tiga ini sebelum dikebumikan. Dia juga pernah memberi kotak kotak secara percuma pada guru guru yang nak balik kampung. Diberi wang dia menolak. Akhirnya guru tersebut membelikan sedikit keperluan dan minuman lalu diletak dalam basikalnya.
Pernah satu hari dia memberi wang kepada seorang anak pasangan melayu dan iban bila anak pasangan itu nak beli jajan di kedai.
Semalam dia pergi selama lamanya dalam keadaan tragis. Selepas ini teluk intan tak akan melihat kelibat uncle dan auntie ini bersama basikalnya berkembara disekitar bandar ini. Tiada lagi lambaian tangan setiap kali mendengar hon dari pemandu yang beramah mesra dengannya. Damailah uncle dan auntie. Damailah bersama cinta mu yang sejati. Damailah.
Gambar ihsan sahabat fb saya Escar Ong dari FB Teluk Intan My Hometown
(rujuk)
Pembetulan.
Berkongsi cerita.
Ulang siar entri Kisah Cinta Agung Di Teluk Intan Membuatkan Netizens Sebak - Matinya Mereka Dalam Keadaan Berpelukan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment