BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM.

 On Friday, May 13, 2016  

BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM.

BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM.


Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenor Datuk Muhammad Ibrahim berkata 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut.

Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.

Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.

Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya. -Mstar/13/5/2016

Ulang siar entri BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM. 4.5 5 Unknown Friday, May 13, 2016 BNM Tamatkan Siasatan 1MDB - Gabenor BNM. Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal...


No comments:

Post a Comment