TH Rugi Berjuta Ringgit Berikutan Kilang High5 Ditutup - Benarla Kata Rafizi Sebelum Ini, Baca Pendedahan Ini.
Kilang roti jenama High 5 ditutup serta merta mulai hari ini tanpa sebarang makluman awal dan tiada pampasan serta baki gaji dilunaskan.
Jurucakap pekerja yang dibuang, Cik Jani berkata seramai 60 pekerja diberhentikan serta merta dengan bayaran saguhati setengah bulan gaji sahaja.
"Para pekerja diberikan notis satu bulan bermula 23hb.Jun,2016 tetapi diarahkan supaya tidak datang kerja lagi dari hari ini, 24hb.Jun,2016," katanya.
Pekerja katanya amat tidak berpuashati kerana hanya ditawarkan gaji 1/2 bulan tanpa apajua jaminan bahawa pampasan berhenti kerja dan baki gaji akan dibayar.
Menurutnya, Roti jenama High 5 ini adalah jenama syarikat Siverbird Group Berhad yang merupakan syarikat pelaburan Tabung Haji (TH).
"Ini bakal mengundang kontroversi kerana TH membeli saham-saham di dalam Siverbird Group yng kini telah gulung tikar dan mengalami kerugian RM90 juta," katanya - Malaysiadateline.
Sebelum itu ;
Salah satu pelaburan Tabung Haji sebelum ini yang mengundang kontroversi ialah pembelian saham-saham di dalam syarikat pembuat roti Silverbird Group Berhad (pembuat roti High-5) di dalam tahun 2007 pada harga yang cukup tinggi sehinggakan menyebabkan kerugian apabila syarikat itu akhirnya diisytiharkan tidak mampu menampung perbelanjaan perniagaan dalam tahun 2012.
Tabung Haji mula membeli saham-saham Silverbird secara agresif dalam masa sebulan di antara September hingga Oktober 2007 sehingga melonjakkan harga saham Silverbird dari 39 sen sesaham (awal September 2007) kepada RM1.08 sesaham pada 16 Oktober 2007. Kesemua saham-saham Silverbird dibeli oleh Tabung Haji dalam tempoh tidak sampai 1 bulan sehingga ia muncul sebagai pemegang saham terbesar Silverbird pada akhir tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2007, seperti berikut:
Ulang siar entri TH Rugi Berjuta Ringgit Berikutan Kilang High5 Ditutup - Benarla Kata Rafizi Sebelum Ini, Baca Pendedahan Ini. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada PASTA DotMy iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment