Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati Nanti Menyesal!

 On Tuesday, December 27, 2016  

Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati Nanti Menyesal!

Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati Nanti Menyesal!

Sebelum ini Puan Shahrinie berkongsikan pengalaman salah seorang anak rakan onlinenya di laman sosial dan post itu mendapat sambutan hangat di kalangan netizens terutamanya oleh ibu-ibu muda yang baru membina keluarga dan memiliki cahaya mata sulung.





Namun bukan semua menerima positif nasihat dari Puan Shahrinie. Malahan ada yang beranggapan bayi sakit kerana diberi makan awal merupakan kes terpencil.

Untuk pengetahuan semua, di kejiranan penulis terdapat satu kematian yang membabitkan bayi yang diberi makan awal. Kes ini bermula apabila si ibu mertua memberi cucunya makanan sejak lahir lagi. Si anak dan menantu telah memberitahu bahawanya doktor dan jururawat menasihati bahawanya anak hanya boleh diberi makanan selepas 6 bulan dan ke atas. 

Namun ibu mentua masih terus-terusan memberi cucunya makan sehingga sampai ke satu hari yang cucunya tidak berhenti-henti menangis. Lalu keluarga membawa ke hospital. Selepas pemeriksaan doktor mendapati usus si anak telah rosak dan apa yang paling mengejutkan anaknya itu akhirnya meninggal dunia. Secara sainstifiknya penulis tidak dapat menyatakan sebab kematian tetapi ianya berpunca dari beri anak makan awal. 

Untuk rekod, ia adalah anak sulung kepada pasangan tersebut dan ia adalah bayi lelaki. Selepas kehilangan anak, hubungan kekeluarga juga menjadi keruh. Hmm.

Apa yang ingin penulis kongsikan ialah kes beri anak makan awal dan bayi tersebut sakit BUKANLAH KES TERPENCIL dan IBU BAPA TIDAK BOLEH PANDANG RINGAN TENTANG PERKARA INI.

Jangan risau. Usia 6 bulan akan cepat berlalu dan bayi-bayi kecil lagi comel ini akan dapat merasa pelbagai jenis makanan. Ibu bapa tak patut bandingkan cara kehidupan dulu dan sekarang. Zaman dulu mereka makan makanan yang segar dari ladang zaman sekarang makanan semua dah bercampur dan diproses.

Sepatutnya ibu bapa merasa bersyukur sekurang2nya punya anak sihat yang boleh merasa makanan selepas anak berusia 8 bulan, sesetengah ibu bapa terpaksa menjaga anak yang sakit walaupun dah berusia lebih dari 6 bulan hanya mampu menelan susu.

Oleh itu dengarlah nasihat dari doktor, jururawat dan mereka-mereka yang mengatakan jangan beri anak makan awal sebelum mencecah usia 6 bulan. Mencegah lebih baik dari mengubati dan bukan semua kes jalannya ialah mengubati bahkan sesetengahnya mati kerana kecuaian ibu bapa. 

Baca pengalaman-pengalaman mereka di bawah ini dan mari sebarkan kesedaran bahawa anak-anak hanya patut diberi makanan selepas berusia 6 bulan dan ke atas. - Sozcyili.





Ulang siar entri Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati Nanti Menyesal! bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati Nanti Menyesal! 4.5 5 Unknown Tuesday, December 27, 2016 Mahu Beri Bayi Bawah 6 Bulan Makanan?Nah, Bacalah Pengalaman Ibu2 Yang Anaknya Sakit Kerana Beri Makan Awal - Ibu Jangan Degil, Anak Mati...


No comments:

Post a Comment