Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar.

 On Thursday, December 15, 2016  

Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar.

Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar.

PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya bertanding di kerusi tradisi DAP pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar berkata PAS dan DAP kini tidak lagi bersefahaman dan bekerjasama, maka tidak menjadi kesalahan untuk PAS bertanding di kerusi yang ditandingi DAP.

Jabatan Pilihan Raya PAS kini sedang melaksanakan kajian di kerusi-kerusi dimiliki DAP dan parti itu (PAS) akan membuat keputusan sama ada untuk bertanding di kerusi DAP itu berdasarkan hasil kajian berkenaan, katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.
Mohd Amar berkata Jabatan Pilihan Raya PAS membuat kajian berkenaan kerana berpandangan PAS berpotensi untuk menang di beberapa kerusi terbabit.
“Kalau kajian itu mendapati kita ada peluang besar untuk menang, mungkin kita akan bertanding sebab kita dengan DAP tak ada sebarang persefahaman dan kerjasama, jadi tak salah kita bertanding di kerusi yang ditandingi DAP,” katanya.
Ditanya mengenai Parti Amanah Negara (Amanah) yang menasihati PAS supaya tidak bermimpi untuk terus kekal memerintah Kelantan, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata parti itu sebenarnya yang sedang bermimpi kerana mereka masih belum mempunyai sebarang rekod di pentas politik negara.
“Kita bercakap pun kita dah ada asas untuk kita bercakap, tapi mereka tak ada rekod politik lagi di Malaysia ini, tapi tiba-tiba Presiden (Amanah, Mohamad Sabu) kata nak rampas Kelantan dan Terengganu, itulah sebenarnya bermimpi.
“Kita (PAS) bercakap sebab kita ada pengalaman dan pernah menang di Terengganu dan kita memerintah di Kelantan jadi kalau kita kata kita nak pertahankan Kelantan, kita nak kuasai Terengganu, kita berasaskan rekod. Itu realiti yang kita pernah ada,” katanya. ― Bernama

Ulang siar entri Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar. 4.5 5 Unknown Thursday, December 15, 2016 Nak Rampas Kelantan & Terengganu? Mat Sabu Bermimpi Sindir Nik Amar. PAS tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calonnya berta...


No comments:

Post a Comment