Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan.

 On Thursday, December 15, 2016  

Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan.

Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan.

Sebelum ini laman sosial hangat dengan kisah sebuah keluarga yang kononnya terpaksa merempat tinggal di bawah khemah sementara menantikan rumah kekalnya siap dibina oleh kerajaan Kelantan. Rumah asal keluarga tersebut sebelum ini musnah disebabkan Bah Kuning pada 2014 yang lepas.

Dan rentetan dari penyebaran kisah tersebut, Pemuda PAS Kelantan tampil memberikan penjelasan, menafikan semua tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas PAS dan kerajaan negeri Kelantan


Berikut dibawah ialah penjelasannya ;

PAN ( Jeming Hassan ) dan Fitnah Berpisah Tiada! 

Sehari dua ini viral gambar "rakyat miskin" yang disebut telah dizalimi oleh Kerajaan Kelantan

Mereka dikatakan sebagai mangsa kepada "jenayah kemanusiaan". Wah, hebat sungguh tajuk tulisan dan sebaran viral mereka! 

Sedikit fakta dan jawapan saya kepada pemuda PAN dan SAMM atas isu Hafizah binti Awang ini : 

1. Puan Hafizah ini asalnya 3 keluarga, adik beradik dia yang menetap dalam khemah selepas Bah Kuning 2014 dahulu termasuklah ayahnya yang di panggil Pak Da Awang. 

2. Pihak Pejabat Tanah telahpun memasukkan nama Hafizah ini ke dalam senarai Borang A yang akan layak menerima Rumah Kekal di Kg Tanah Puteh Gua Musang. 

3. Sementara menunggu rumah kekal siap, sudah tiga kali pihak berkuasa meminta Hafizah berpindah ke kediaman transit di Kem PLKN Gua Musang untuk keselesaan dan keselamatan keluarganya. Namun Hafizah berkeras mahu tinggal di khemah usang ini sehingga rumah kekal untuknya siap. Atas apa matlamat beliau mahu duduk di khemah ini menjadi tanda tanya kepada semua pihak. 

Adakah kerana mahu menerima simpati berterusan dan bantuan senang daripada NGO serta pelbagai lapisan masyarakat? Wallahualam. Hanya dia sendiri boleh jawab. 

4. Walaupun di peringkat kerajaan, telah pun berkali kali meminta beliau berpindah ke rumah transit di Kem PLKN bersama dengan penduduk lain ( berbelas belas keluarga), namun hanya dia SEORANG sahaja yang kekal mahu berada di khemah sehingga memburukkan imej kerajaan negeri serta boleh memberi ruang kepada fitnah dan pembina persepsi seperti apa yang sedang diviralkan saat ini. Untuk apa beliau memberikan salinan kad pengenalannya kepada pemuda PAN sedangkan rumah kekal untuknya sudah siap di Tanah Puteh? Dan hanya menunggu prasarana seperti jalan masuk, perbekalan air dan elektrik sahaja yang akan dibina oleh agensi kerajaan pusat dalam masa terdekat. 

5. Abang kepada Hafizah bernama En Mat Nor sudah mendapat rumah PPRT di Estet Chin Teck. Mereka juga sudah lama berpindah ke sana, Alhamdulillah. Pak Da Awang menetap bersama di sini saat ini. 

6. Kakak kepada Hafizah pula baru baru ini telah berpindah ke rumah kekal mangsa banjir yang dirasmikan oleh Tuanku minggu lepas. 

7. Ada lagi seorang sepupu beliau yang juga terlibat dengan banjir. Mereka juga sudah di pindahkan ke rumah kekal bantuan banjir di Kg.Batu Papan 2 (rumah yang dibina oleh YM Ku Li) 

8. Saya ingin nasihatkan pemuda PAN dan NGO SAMM, sila rujuk pihak berkuasa tempatan dan juga negeri dalam isu isu sebegini. 

Anda tidak akan menjadi jaguh rakyat dengan menyebarkan berita tidak masak sebegini. Berpolitiklah secara matang dan bijaksana. 

Catatan : Nazman Che Iberahim

Ulang siar entri Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan. 4.5 5 Unknown Thursday, December 15, 2016 Wanita Merempat Bawah Khemah Sebaran Amanah Cerita Palsu Kata PAS - Ini Penjelasan Dari Pemuda PAS Kelantan. Sebelum ini laman sosial h...


No comments:

Post a Comment