Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh

 On Monday, December 26, 2016  

Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh

Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh

Tidak cukup rehat, itulah yang dikatakan ahli keluarga pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, 32 yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Plus arah Utara Pagoh, Muar Johor semalam. 


Bapa saudara mangsa, Abdul Shukoor Abdul Rahim berkata, anak saudaranya itu dipercayai hanya sempat berehat tiga hingga empat jam sahaja. 

"Zakeer bertolak dari Pulau Pinang ke Johor pada petang Jumaat, kemudiannya tiba di Johor pada jam kira-kira 11 malam, dia berehat beberapa jam sahaja sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 2 pagi. 

"Kami dari ahli keluarga mengharapkan supaya orang yang tidak tahu kisah sebenar, tidak cuba untuk membuat pelbagai spekulasi yang bukan-bukan, fikirkanlah perasaan ahli keluarga," katanya. 

Dia ditemui media selepas majlis pengebumian Zakeer dan anaknya, Nur Natasya Zahara, 1 dalam satu liang lahad di Tapak Perkuburan Islam Masjid Hashim Yahaya Jalan Perak di sini pagi tadi. 

Abdul Shukoor berkata, pihaknya juga mempertikaikan ketiadaan pemandu kedua. "Kami mahukan jawapan, kenapa tiada pemandu kedua untuk bersama Zakeer dengan jarak perjalanan yang agak jauh," katanya. 

Dalam masa yang sama ahli keluarga pemandu bas tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menguruskan jenazah dari awal hingga ke selamat dikebumikan. 

Sebelum itu di Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron mengesahkan pemandu bas ekspres yang terbabit dalam kemalangan di KM 137.3, Lebuhraya Utara Selatan arah utara semalam tidak memiliki sebarang kesalahan dalam rekod 

Berdasarkan rekod, Zakeer tidak mempunyai saman tertunggak, selain rekod bersih. Malah Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan pemeriksaan Puspakom pemandu bas berkenaan juga masih sah dan aktif.

Ulang siar entri Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh 4.5 5 Unknown Monday, December 26, 2016 Pemandu Bas Rehat 3 Jam Sahaja, Tiada Pekerja Ganti, Berhenti Salahkan Arwah Luah Ahli Keluarga Pemandu BAS Nahas Pagoh Tidak cukup reh...


No comments:

Post a Comment