Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer..

 On Monday, December 26, 2016  

Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer..

Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer..

Oleh : Shuhaimi Zulkefli

Semalam pergi kedai barang lusuh kat Taman Medan. Kedai feberet aku beli barang kitar semula dari tempat buang sampah untuk project DIY aku.

Tengah dok cari barang, masuk satu family suami isteri awal 30-an bersama dua anak dia.

Sebelah aku, si kakak sulung (7 tahun camtu) dok belek botol air terpakai pelbagai jenis. Seronok ja dia 'bershopping' aku tengok. Siap try galas kat bahu macam2 jenis botol air kotor tu. Tersenyum sensorang tengok cermin buruk.

Si kakak tunjuk kat abah dia tunggu kat luar sambil dukung baby, aku pikir mesti abah dia marah, takkan nak beli botol air terpakai dari tempat pembuangan sampah kot?

Tapi abah dia senyum balik, siap pilih untuk kakak. Tetiba si emak bertudung, datang dari sudut lain, tunjuk satu beg sekolah lusuh berselut, tanya suami, masih cantik ke idak beg nie, bang? Si emak bagi kakak try galas ke belakang. akhirnya, ceria wajah kakak, dah siap nak masuk sekolah baru. yey!

Alamak. ini sebak nie. Aku keluar dari kedai barang lusuh tu. Tak tahan tengok drama realiti ni lagi.

Dalam keluarga lain dok sibuk buat persiapan anak menjelang buka sekolah baru, ada masih hidup bersederhana dan masih bersyukur. Tetap bahagia.

Semoga Allah merahmati keluarga ini, murahkan rezekinya, bahagiakan mereka. amin.

*** bini aku menitik ayaq mata bila aku tunjuk family tu dok sibuk bershopping lagi.

Ulang siar entri Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer.. 4.5 5 Unknown Monday, December 26, 2016 Sebaknya, Ibu Bapa Ini Beli Barangan Sekolah Anak Di Kedai Pembuangan Sampah Jer.. Oleh : Shuhaimi Zulkefli Semalam pergi kedai baran...


No comments:

Post a Comment