Rusia Isytihar Gencatan Senjata Di Syria.
Gencatan senjata seluruh Syria yang ditaja Russia dan Turki yang menyokong kedua-dua pihak bertelagah, bermula tengah malam tadi (waktu tempatan) yang disifatkan tindakan terakhir bagi menamatkan perang saudara yang berlarutan hampir enam tahun itu.
Presiden Russia, Vladimir Putin, yang menjadi penyokong utama kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad, mengumumkan gencatan senjata itu pada Khamis selepas mendapat persetujuan bersama Turki yang sekian lama menyokong pembangkang.
Pemerhati dan pegawai kumpulan pemberontak melaporkan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak di sempadan wilayah Idlib dan Hama masih berlaku serta berbalas tembakan di kawasan terpencil di sebelah selatan kira-kira dua jam sebelum gencatan berkuatkuasa.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, berkata Amerika Syarikat (AS) akan menyertai proses rundingan damai sebaik Presiden Donald Trump memasuki Rumah Putih pada 20 Januari ini.
Beliau juga mahu Mesir turut menyertainya bersama Arab Saudi, Qatar, Iraq, Jordan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beberapa kumpulan pemberontak sudah menandatangani perjanjian damai, kata Lavrov.
Beberapa lagi kumpulan pemberontak turut menerima secara dasar perjanjian berkenaan.
Perang saudara Syria yang meletus pada tahun 2011, sehingga kini sudah meragut lebih 300,000 nyawa dengan lebih 11 juta penduduk menjadi pelarian. - REUTERS
Ulang siar entri Rusia Isytihar Gencatan Senjata Di Syria. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment