Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan..

 On Tuesday, January 10, 2017  

Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan..

Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan..

Biarpun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikecam dek kerana kisah percutian luar negara bersama keluarga, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khas, Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor melihatnya dari sudut pandang yang berbeza. 


Menurut beliau, hanya kerana sekeping gambar yang dikongsikan anak Perdana Menteri, Ashman, pemimpin nombor satu dunia itu menjadi bahan tohmahan pelbagai pihak terutamanya pembangkang. 

Jelas beliau, pemimpin pembangkang dan juga pengkritik kerajaan sepatutnya membuka mata hati mereka, melihat dengan naluri seorang bapa serta sebagai seorang anak. 

"PM bercuti di luar negara dengan mengayuh basikal...apa dosanya? Padahal mereka (Najib dan keluarga) boleh memilih untuk bermain ski di Eropah, mungkin juga bermain kuda di ladang kuda milik keluarga di Argentina...itu pilihan masing-masing...tapi itu bukan cara mereka..." 

"Saya memandang dari sisi yang berbeza...ayah dan anak beriadah dengan mengayuh basikal sepertimana orang lain, mereka mahu lakukan aktiviti bersama. 

"Apatah lagi mereka berdua memang sangat akrab, namun kekangan tugas si ayah tidak memungkinkan aktiviti sebegini dapat selalu dilakukan...hanya waktu si ayah bercuti barulah mereka dapat melakukan aktiviti bersama," luahnya. 

Ujar Rizal, anak-anak Perdana Menteri tidak senasib dengan anak-anak orang lain yang mana ayah mereka ada banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga. 

"Inilah yang kurang dalam keluarga ini (keluarga PM)...si ayah bekerja tujuh hari seminggu.. keluar rumah pagi hari dan pulang lewat malam. 

Dalam setahun mungkin 10 hari sahaja si ayah benar-benar dimiliki oleh keluarga...355 hari lagi mereka terpaksa berkongsi ayahnya dengan rakyat". 

"Renungkanlah...ada orang untung dapat ayah berada, ada orang untung dapat ayah punya banyak masa dan ada orang bertuah masih ada ayah. Al-Fatihah buat arwah abah saya Cikgu Mansor Sulong...saya rindu abah," katanya.

Sumber : Sinar Harian, Rizal Mansor.

Ulang siar entri Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan.. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 10, 2017 Apa Dosa PM Pada Rakyat Dengan Main Basikal Bersama Anak Di Luar Negara? - Pegawai Khas Rosmah Meluahkan Perasaan.. Biarpun Perdana Men...


No comments:

Post a Comment