Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan.

 On Tuesday, January 10, 2017  

Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan.

Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan.

Peniaga ubat perangsang seks bakal berdepan tindakan undang-undang apabila menggunakan gambar Datuk Siti Nurhaliza Tarudin lapor Malaymail.


Penyanyi terkenal itu berkata iklan di Instagram yang menggunakan gambarnya yang belum bertudung bersama suami Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengejutkannya. 

“Saya memberi amaran keras kepada peniaga terbabit supaya berhenti menggunakan nama serta gambar saya dan suami,” kata Siti, yang dipetik dari laporan portal itu.

“Ini kerana kami berdua langsung tidak pernah terlibat dengan produk tersebut. “Jika pihak peniaga tersebut tidak memadamkan gambar serta iklan yang menggunakan nama kami, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.” 

Portal itu melaporkan penyanyi “Percayalah” dan suaminya diaibkan apabila didakwa, melalui iklan tersebut, menggunakan perangsang seks kerana ada masalah mati pucuk. 

Harga produk tersebut turut dijual di luar negara dengan harga antara RM150 hingga RM200 sebotol dengan 90 biji pil. - Sozcyili.

Ulang siar entri Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan. 4.5 5 Unknown Tuesday, January 10, 2017 Peniaga Dakwa Siti Guna 'Ubat Kuat' Bakal Disaman Jika Enggan Tarikbalik Iklan. Peniaga ubat perangsang seks bakal berdepan tin...


No comments:

Post a Comment