Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam

 On Thursday, January 12, 2017  

Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam

Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam

Oleh : Hasanudin Yusof

PENGALAMAN MENJEJAK SEJARAH DI CHINA 10 TAHUN LALU : BAHASA INGGERIS 'TIDAK BERGUNA'! 

Ramai juga yang mempersendakan taraf berbahasa Inggeris Faiz Subri baru2 ini. Mari saya ceritakan pengalaman saya 10 tahun dulu bahawa bahasa Arab & bahasa Melayu lebih berguna di China berbanding bahasa Inggeris. 


Pada tahun 2006, saya pernah ke China bersendirian selama sebulan bagi tujuan menjejak kesan2 sejarah Islam. Seingat saya waktu itu belum ada lagi Air Asia. 

Jadi saya naik pesawat Xiamen Airline dari KLIA ke Xiamen. Saya juga cuma membawa kamera kodak dengan dua gulung filem kerana itu sahaja kamera yang saya ada. Tujuan saya ke Xiamen kerana ingin menjejak sebuah masjid yang dibina oleh sahabat Nabi dan makam dua orang sahabat Nabi di Quanzhou. 

Apabila tiba di lapangan terbang Xiamen, saya satu2nya penumpang dari Malaysia yang ditahan di lapangan terbang. Saya fikir kerana janggut saya panjang pada waktu itu dan memiliki nama Islam. 

Waktu itu China agak tertutup dan kebetulan nama Al Qaeda sedang masyhur. Saya dibawa ke bilik pegawai Imigresen China. Mereka menyoal siasat saya dalam bahasa Mandarin. 

Saya cuma tahu sikit2 bahasa Mandarin, maka saya tidak faham apa yang mereka tanyakan saya. Saya cuba membalas dalam bahasa Inggeris, tapi dua orang pegawai tersebut tidak faham. Hampir sejam kami berkomunikasi macam ayam dan itik, akhirnya pegawai imigresen tersebut melepaskan saya. Lega sungguh rasanya. 

Tapi saya mula bimbang kerana masalah bahasa. Baru saya sedar yang rata-rata orang China ini tidak boleh berbahasa Inggeris. Ditakdirkan Allah, saya berjumpa dengan dua orang Bangladesh di lapangan terbang. 

Mereka pernah bekerja di Malaysia dan mereka datang ke China dari Bangladesh atas urusan perniagaan. Jadi mereka agak fasih berbahasa Melayu. Maka Bangladesh itu membawa saya menaiki teksi dan mencari hotel. 

Alhamdulillah, memang lega. Saya terpaksa menyimpan pengetahuan bahasa Inggeris saya di dalam 'poket'. Keesokannya saya mencari masjid dan di Kota Xiamen yang besar itu, cuma ada sebuah masjid sahaja pada waktu itu. 

Di masjid, saya bertemu dengan sekumpulan pelajar Indonesia. Rupa2nya, Kerajaan Indonesia banyak menghantar pelajar2 Indonesia belajar perubatan di China. Merekalah yang membawa saya ke tempat2 sejarah termasuk ke masjid di Quanzhou itu. 

Selama hampir dua minggu di Xiamen, kami bebas berkomunikasi dalam bahasa Melayu-Indonesia. Disebabkan mereka fasih berbahasa Mandarin, maka mereka menjadi penterjemah saya. 

Sekali lagi bahasa Inggeris saya tidak berguna. Kemudian saya berangkat menaiki keretapi seorang diri dari Xiamen ke Xian. Pelajar Indonesia yang membantu saya membeli tiket. 

Dari Xiamen ke Xian menaiki keretapi mengambil masa selama 4 hari 3 malam dan saya membeli tiket kelas yang paling murah. Azabnya pada ketika itu hanya Allah yang tahu. Sampai di Xian, saya terus menuju ke masjid. 

Semasa di Xiamen, sahabat2 saya dari Indonesia telah mengajar beberapa perkataan penting dalam bahasa Mandarin, jadi kali ini tidak terlalu sulit untuk saya ke masjid. 

Sampai di sebuah masjid, saya bertemu dengan seorang imam. Dia sangat fasih berbahasa Arab kerana dia pernah belajar di Syria selama 12 tahun tetapi langsung tidak boleh berbahasa Inggeris. 

Selain dari menjadi imam masjid, beliau juga mencari rezeki dengan menjual kuih. Saya fikir kalau di Malaysia, mungkin beliau telah menjadi orang besar dalam jabatan kerajaan. 

Kebetulan saya juga boleh berbual dalam bahasa Arab walaupun tidak fasih. Jadi imam tersebut menjadi pemandu pelancong saya. 

Malah dia membawa saya ke rumahnya dan mengajak saya tidur di rumahnya. Dengan bahasa Arab, masalah komunikasi tetap juga dapat saya atasi walaupun tidak begitu fasih. 

Betapa terkejutnya saya apabila mendapati begitu ramai umat Islam yang boleh berbahasa Arab di China terutamanya para imam & ustaz2. Rata2 mereka pernah belajar di Syria dan Mesir. 

Lagi sekali kemahiran bahasa Inggeris saya terpaksa diperam. Jadi siapa yang fasih berbahasa Arab memang tidak menjadi masalah berkomunikasi jika mengunjungi penempatan2 Islam di China. 

Di Xian, berkat bantuan imam tersebut, banyak juga tempat yang saya kunjungi termasuk ke masjid2 tua, markaz jemaah Tabligh dan kampung-kampung orang Islam. Banyak lagi kisah yang saya tidak nukilkan di sini. 

Kesimpulannya, fasih berbahasa Inggeris belum tentu memudahkan kita ketika mengembara. Kisah saya ini membuktikan bahawa bahasa Arab & bahasa Melayu lebih berguna berbanding bahasa Inggeris. 

Jadi tidak perlu kecam Faiz Subri atas kelemahannya berbahasa Inggeris. Itu bukan indikasi atau lambang kepintaran seseorang. 

Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan Tamadun Islam Nusantara

Ulang siar entri Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam 4.5 5 Unknown Thursday, January 12, 2017 Bahasa Inggeris Tak Laku Di China, Bahasa Arab & Melayu Lagi Penting, Jadi Tak Perlu Sindir Faiz - Penyelidik Tamadun Islam Oleh : ...


No comments:

Post a Comment