Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah?

 On Wednesday, January 11, 2017  

Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah?

Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah?

Oleh: Dr Radzi Jidin


Sembilan Bulan Laporan PAC Telah Dikeluarkan – Apa Tindakan Yang Telah Diambil Terhadap Watak-watak Utama Dalam Isu 1MDB?

1. Hari ini genap sembilan bulan saya wujudkan page Facebook Bicara Malaysia. 

2. Sepanjang sembilan bulan lepas, selain dari menulis tentang isu-isu semasa, saya banyak menulis tentang 1MDB. 

3. Sebelum menulis di Bicara Malaysia, saya menulis tentang 1MDB di Facebook peribadi saya yang hanya boleh diikuti oleh rakan Facebook saya. 

4. Titik perubahannya apabila saya melihat pelbagai pihak “memutarkan” “substance” laporan PAC tentang 1MDB. 

5. Selepas laporan PAC dikeluarkan pada 7 April 2016, ramai pemimpin-pemimpin Barisan Nasional membuat kenyataan bahawa laporan PAC mendapati Perdana Menteri tidak bersalah. Hakikatnya, objektif laporan PAC bukannya untuk menyiasat dan menentukan samada Perdana Menteri bersalah atau tidak. Laporan PAC tentang 1MDB banyak tertumpu kepada urus tadbir dan beberapa aktiviti pelaburan. 

6. Sebagai pendidik, saya melihat tindakan “memutarkan” kandungan laporan PAC adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Bertitik tolak dari itu saya mengambil keputusan berkongsi tulisan saya secara terbuka. 

7. Jika diteliti laporan PAC beserta dengan hansard-hansardnya yang beratus-ratus muka surat itu, terdapat pelbagai maklumat yang jelas dan nyata. Contohnya, maklumat mengenai urusaniaga Petro Saudi. 

8. Namun, disebalik pelbagai maklumat ini, selepas sembilan bulan berlalu dan ketika kita telah masuk ke tahun baru, masih belum ada sebarang tindakan yang diambil terhadap watak-watak utama dalam isu 1MDB berdasarkan laporan PAC ini serta berdasarkan bukti-bukti lain. 

9. Saya selalu terfikir, apakah perasaan bekas-bekas anggota PAC yang sekarang ini menjadi anggota kerajaan, terutamanya mereka yang memahami tentang perkauanan, pengauditan dan kewangan. Tidakkah timbul sekelumit rasa serba salah didalam diri mereka? Sekadar bertanya.

Ulang siar entri Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah? bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah? 4.5 5 Unknown Wednesday, January 11, 2017 Selepas 9 Bulan Laporan PAC - 1MDB Dikeluarkan : Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Pesalah? Oleh: Dr Radzi Jidin Sembilan Bulan Lapora...


No comments:

Post a Comment