Jangan Membazir, Jangan Ambil Hak Rakyat, Najib Nasihat Penjawat Awam.
Siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bercakap dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, Najib berkata kes-kes sebegitu, yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.
“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.
“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.
“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib seperti dilaporkan The Star Online.
SPRM baru-baru ini menahan seorang ketua setiausaha kementerian, dua anaknya dan ketua pegawai eksekutif satu agensi kerajaan dalam siasatan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.
Suruhanjaya itu juga merampas jongkong emas, wang tunai dan barang berharga bernilai sekurang-kurangnya RM5.6 juta daripada KSU yang dijangka dituduh di mahkamah hari ini.
Sumber : Malaysiakini
Ulang siar entri Jangan Membazir, Jangan Ambil Hak Rakyat, Najib Nasihat Penjawat Awam. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment