Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes.

 On Thursday, January 5, 2017  

Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes.

Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes.

Dua blogger kontroversi UMNO juga menghentam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman susulan viral gambarnya memasuki sebuah kasino di Las Vegas pada malam tahun baharu baru-baru ini.


Zaharin Mohd Yassin atau dikenali sebagai Sang Kalembai dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo secara terbuka menyindir Azalina yang menyifatkannya sebagai liabiliti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya telah memberi peringatan, sebelum itu nasihat, para Menteri dan keluarga berhati-hati membuat entri dalam media sosial khasnya Facebook dan Instragram masa bercuti di luar negeri. Pagi ini saya dihantar photo ini.


“Soal pergi Las Vegas saya tak kisah, yang saya kisah masuk dalam kasino, Undang-undang perjudian Malaysia, seorang Islam boleh didakwa jika berjudi dan dilarang masuk kasino.

“Kasino perjudian dimana pun sama. 


Adakah kasino di Malaysia haram bagi orang Islam tetapi diluar negeri halal dan boleh keluar masuk. Tetapi Najib Razak hendak Menteri macam ini. Terserah kepada rakyat buat pertimbangan nak sokong atau tidak lagi,” tulis Zaharin dalam akaun Facebooknya dengan meletak gambar Azalina di kasino.

Sementara itu, Wan Azri juga menyindir Azalina dengan menulis status di akaun Twitternya,


“@YBAOS63 awak tu menteri penjawat awam. Perlu jaga intergriti. Lainlah Saya takde jawatan. Ni tempias kena pada YAB PM @NajibRazak”.


Wan Azri juga menyindir Azalina dengan kenyataan terbaharunya yang menyeru penjawat awam supaya menjaga integriti.


“@YBAOS63 sindir diri sendiri ke? Liabiliti kepada YAB PM @NajibRazak”.


Terdahulu, pendedahan tersebut dibuat dalam media sosial yang viral dengan bukti gambar di laman Instagram memaparkan Azalina dalam sebuah kelab judi di Las Vegas.

Las Vegas terkenal dengan pusat perjudian terbesar di dunia.

 

Gambar yang dimuatnaik oleh Azalina itu kini viral di laman sosial seperti WhatsApp dan Facebook.

Azalina dikecam oleh netizen sebagai tidak prihatin kerana bergambar di pusat judi walaupun dia seorang menteri yang beragama Islam selain dikritik kerana menyambut tahun baru di luar negara di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kenaikan kos sara hidup.


Ini bukan kali pertama insiden tidak prihatin ini berlaku, sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga membuat tindakan sama apabila bergembira bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang juga mengundang kemarahan rakyat.


Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang juga penyokong setia kepada Najib yang sentiasa membelanya dalam isu 1MDB dan salah guna kuasa.


Sumber : The Malaysian Mirror

Ulang siar entri Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes. 4.5 5 Unknown Thursday, January 5, 2017 Menteri Sambut Tahun Baru Di Kasino & Kelab Malam - Azalina Kini Liabliti Kepada Najib, Bloggers UMNO Suarakan Protes. Dua blogger ...


No comments:

Post a Comment