Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung.

 On Wednesday, January 4, 2017  

Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung.

Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung.

Bestinet Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi swasta yang mempunyai kaitan dengan pemimpin UMNO dan pernah digantung sebelum ini, telah beroperasi semula dan ia disahkan Kementerian Dalam Negeri dalam sidang Parlimen yang lalu.

Syarikat kontroversi itu, melalui jawapan menteri berkaitan, diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan modul BioMedical dan Visa Dengan Rujukan (VDR) secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Setempat Pekerja Asing (FWCMS).
Bukan itu sahaja, menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sebuah lagi syarikat turut dilantik untuk melakukan tugas yang sama dengan Bestinet dan mengenakan bayaran tinggi bagi setiap pekerja asing.
“Pertama sekali, pada masa kini, sememangnya sudah ada pemeriksaan perubatan Fomema yang diwajibkan kepada semua pekerja asing. Setiap pemeriksaan tersebut dikenakan bayaran sehingga RM190.
“Sebelum ini saya telah membangkitkan bahawa Fomema Sdn. Bhd., satu lagi kroni dalam rangkaian kartel industri pekerja asing mengaut lebih RM200 juta setahun dalam monopoli pemeriksaan perubatan wajib pekerja asing.
“Justeru, mengapa Bestinet kini dibenarkan untuk mengenakan satu lagi pemeriksaan perubatan wajib ke atas pekerja asing?” soalnya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Steven, amalan sebegitu mampu mendorong kepada rasuah dan salah guna kuasa serta eksploitasi ke atas pekerja asing.
“Kesemua ini akan memberikan kesan negatif kepada rakyat Malaysia kerana negara kita terus menyerap pekerja asing yang diambil melalui cara yang tidak bertanggungjawab dan proses yang meragukan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengulangi desakan agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Mustafa Ali, menghentikan dan mengkaji semula kontrak syarikat swasta dengan agensi terbabit sejak 2015 dan melaksanakan tender secara terbuka.
Katanya, Mustafa juga perlu menubuhkan pasukan siasatan dengan penglibatan pelbagai agensi termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung aktiviti penyeludupan dan pemerdagangan orang.
Steven turut meminta bekas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu menyokong seruan pembangkang agar Suruhanjaya Diraja Pembaharuan Imigresen dibentuk bagi membersihkan sepenuhnya Jabatan Imigresen dari amalan seumpama itu.
“Tahun baru ini, adakah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen akan melawan tekanan politik dan menyertai kami untuk mendedahkan kepincangan dan memberhentikan aktiviti kartel?” soalnya. – Roketkini.com

Ulang siar entri Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung. 4.5 5 Unknown Wednesday, January 4, 2017 Syarikat Kroni UMNO Urus Kemasukan Pekerja Asing Beroperasi Semula Setelah Digantung. Bestinet Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi sw...


No comments:

Post a Comment