3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak.

 On Friday, November 24, 2017  

3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak.

3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak.

Oleh : Bernama
Tiga anggota polis antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes samun seorang lelaki di sebuah premis di Rawang, dekat sini, pada 12 November lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata suspek lelaki berusia 30 hingga 34 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan sejak hari kejadian sehingga semalam. 
Gambar - Google
Menurut Fadzil, dua anggota yang ditahan berpangkat Konstabel dan seorang berpangkat Inspektor manakala seorang lagi suspek adalah orang awam.
“Siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kesemua suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Fadzil berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
Media tempatan melaporkan lelaki berusia 51 tahun yang merupakan ejen insurans didatangi tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis bagi memeriksa premis miliknya pada 12 November lepas. 
Suspek mengarahkan mangsa untuk menyerahkan wang tunai kira-kira RM4,000 yang disimpannya bersama kad pengenalan untuk diperiksa sebelum mereka melarikan diri bersama wang tunai itu dengan sebuah kereta.

Ulang siar entri 3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak. 4.5 5 Unknown Friday, November 24, 2017 3 Polis Ditahan Kerana Disyaki Merompak. Oleh : Bernama Tiga anggota polis antara empat individu ditahan bagi membantu siasatan kes s...


No comments:

Post a Comment