Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan.

 On Tuesday, November 21, 2017  

Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan.

Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan.

Oleh : Bernama

Seorang bapa dan tiga anaknya ditemui mati di dalam bilik di sebuah rumah dua tingkat di Lot 88 Perdana Heights di Sungai Petani, Kedah hari ini. 

Lelaki berumur 48 tahun dan dua anak lelakinya yang berusia lima dan enam tahun serta anak perempuannya yang berumur lapan tahun ditemui mati di tingkat atas rumah itu pada 2 petang tadi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al-Athrash Wahid. 


Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata siasatan awal pihaknya mendapati lelaki itu dipercayai menggantungkan diri selepas membunuh tiga anaknya dengan kemungkinan cara menekup muka mereka dengan bantal. 

"Kami percaya sebelum lelaki ini gantung dirinya, dia bunuh tiga anaknya dahulu...kami percaya kemungkinan dengan cara tekup muka anak-anak dengan bantal," katanya. Mior Farid berkata kesemua mangsa dipercayai meninggal dunia kira-kira 12 jam lepas. 

Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan yang dialami keluarga terbabit manakala isteri mangsa sebelum ini mati dipercayai akibat menggantung dirinya sendiri pada 1 November lepas. 

Mior Farid berkata setakat ini kes kematian empat beranak itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu, anak sulung mangsa daripada perkahwinan pertamanya berkata dua hari lepas, dia dan adik perempuannya yang berumur 19 tahun berjumpa dengan bapanya. Pemuda berumur 20 tahun itu berkata pada pertemuan itu, bapanya ada memberitahu yang dia berasa sedih.

"Saya tidak tahu sebab ayah sedih. Saya difahamkan kesemua adik juga sudah seminggu tidak ke sekolah selepas ibu mereka meninggal dunia 20 hari lepas," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian. 

Dalam pada itu, ibu mentua mangsa yang berumur 60 tahun pula berkata dia terdengar tangisan seorang cucunya itu kira-kira 5 pagi tadi. 

"Mereka semua naik (ke tingkat atas) selepas makan kira-kira 10 malam (semalam) untuk tidur. 

Sewaktu saya terdengar tangisan cucu, menantu turun ke tingkat bawah beritahu yang cucu saya cuma bermimpi dan menangis. Selepas itu dia naik (ke tingkat atas) semula. 

"Pada 1.30 petang tadi, saya naik ke bilik atas sebab mereka tidak turun-turun tetapi saya ternampak mayat menantu tergantung dan tiga cucu terbaring atas katil," katanya. 

Wanita itu berpindah ke rumah tersebut untuk menjaga cucu-cucunya selepas ibu mereka meninggal dunia.

Ulang siar entri Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan. 4.5 5 Unknown Tuesday, November 21, 2017 Bapa Disyaki Bunuh Tiga Anak Sebelum Bertindak Gantung Diri Kerana Masalah Kewangan. Oleh : Bernama Seorang bapa dan tiga anaknya dit...


No comments:

Post a Comment