Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK

 On Wednesday, November 1, 2017  

Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK

Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan tindakan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial baru-baru ini, adalah benar dan tidak salah.

Pengarahnya, Sharuddin Jali yang menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan itu berkata, harga yang dikenakan adalah berpatutan berikutan harga udang galah juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai, memetik laporan Bernama pada semalam.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100  mengikut hidangan," katanya ketika dihubungi.

Tambah Sharuddin lagi, siasatan yang dijalankan juga mendapati tiada sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.

Lantaran itu, bagi mengelakkan sebarang masalah, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga makanan yang dipamerkan sebelum mengambil lauk-pauk tersebut.


Pada 23 Oktober lepas, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan resit dan gambar makanan yang dibelinya dengan caption, "Wah memang begini ke kedai ini? Ke laki aku makan ikan duyung," katanya.

Tweetnya itu menjadi tular dan kedai makan itu juga menerima kecaman netizens kerana ramai beranggapan harga makanan yang dijualnya mahal. 

"RM100 untuk makan nasi lauk udang? Udang emas," sindir salah seorang pengguna Twitter.

"Time nak mencekik, poket pun tercekik," kata netizen yang lain pula.

Dipercayai kedai makan tersebut terletak di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin. - SoZPress.

Ulang siar entri Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK 4.5 5 Unknown Wednesday, November 1, 2017 Harga RM100 Untuk Dua Pinggan Nasi Dengan Empat Udang Galah Berpatutan Kata KDPNKK Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan K...


No comments:

Post a Comment