Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini..

 On Monday, November 20, 2017  

Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini..

Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini..

“AWAK tak tahu bahasa Melayu, makna awak tak layak menjadi warganegara Malaysia,” kata Tan Tiong Lai, 71, yang fasih bertutur bahasa Melayu dan mempunyai ramai kawan berbilang bangsa.

Tiong Lai berkata, sebagai seorang rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan latar belakang seharusnya mempunyai inisiatif untuk menguasai bahasa kebangsaan itu. 

Gambar - Sinar Online
Menurutnya, sejak aktif dalam Kawasan Rukun Tetangga (KRT) pada 1985, dia sudah biasa dengan budaya masyarakat Melayu, bahkan mempunyai keluarga angkat berbangsa Melayu ketika menetap di Kampung Pengkalan Balak, Melaka. 

“Saya anak sulung dari sembilan beradik. Orang susah, ayah pun kerja memandu teksi masa itu. Kerana itu, saya dihantar ke Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak seawal usia enam tahun. 

“Walaupun saya Cina, saya tak kisah masuk sekolah Melayu kerana sudah biasa hidup berjiran dengan orang Melayu," katanya. 

Bekas Pengerusi KRT Taman Clonlee itu berkata, dia juga berpeluang belajar menulis jawi selama dua tahun di sekolah berkenaan sebelum berpindah ke sekolah aliran Inggeris.

Bagaimanapun, katanya, dia masih lemah dalam merangkaikan tulisan jawi, namun pengalaman belajar tulisan jawi masih segar dalam ingatannya. 

“Tulisan jawi saya lemah sikit. Bila alif, ba, ta... tu senang. Tapi bila nak rangkaikan, contoh macam makan... min, alif, kaf, nun, nak tulis tu tak dapat. Nak eja sikit-sikit, bolehlah," kata ketika ditemui wartawan Sinar Harian di rumahnya di Taman Clonlee, Tampin. 

Semua kaum ibarat adik-beradik Tiong Lai yang merupakan pesara juruteknik makmal Hospital Tampin berkata, dalam hatinya soal perpaduan berbilang kaum sangat penting.
 

“Tak kira bangsa. Kita Cina, Melayu, India ni adik-beradik. Sebab kita serumah, ibarat sekampung punya orang. 

"Saya masih ingat masa saya kerja di Klinik Kesihatan di Janda Baik, Bentong. 

Waktu itu Awal Muharam, ketua kampung ajak saya pergi surau. Saya seronok dapat bergaul dengan orang Islam di sana. Mereka juga terharu bila tengok saya makan bersila, makan sambal. 

Apa yang mereka masak saya jamah, mereka terkejut," katanya. 

Menurutnya, kenangan sekitar tahun 1971 itu sangat manis dan dia secara peribadinya berasa sedih kerana suasana harmoni ketika ini tidak lagi seperti dahulu. 

“Tak macam dulu-dulu, masa saya remaja duduk di kampung. Kita macam anak beranak, boleh ada bapa angkat, mak angkat Melayu. Dulu budi bahasa, budi pekerti orang Melayu top of the list. Tapi sekarang kebanyakan sudah terpesong. 

Sungguh pun dia berbangsa Cina, katanya, dia hidup berpandukan peraturan hidup orang Islam. 

"Semasa saya umur 40 tahun, saya selalu pergi ke Masjid Negeri di Seremban untuk berjumpa dengan imam di situ. Saya minta dia bercerita pengalamannya kerana saya nak tahu budaya satu-satu bangsa. 

"Ramai orang Melayu sayangkan saya, menyebabkan saya sayang dengan agama Islam. 

Walaupun kini dia sudah berusia emas, Tiong Lai berkata, semangatnya untuk terus memperjuangkan perpaduan antara kaum masih tebal. Dia berkahwin dengan Yau Swee Eng, 64, seorang keturunan peranakan baba dan nyonya. 

"Jadi, budaya masyarakat Melayu tu memang sudah sebati dalam kehidupan kami anak beranak. Malah, di rumah kami boleh bertutur dalam bahasa peranakan, bahasa Melayu, Cina dan Inggeris. 

"Empat orang anak-anak saya pun saya pastikan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih. Ada antara mereka sudah bekerja menjadi guru sekarang ini," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Ulang siar entri Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini.. 4.5 5 Unknown Monday, November 20, 2017 Tak Layak Jadi Warganegara Jika Tidak Tahu Bahasa Melayu Kata Uncle Ini.. “AWAK tak tahu bahasa Melayu, makna awak tak layak menjadi wa...


No comments:

Post a Comment