Dua Penjenayah Lari Tinggalkan Mayat Selepas Terkantoi Dengan Orang Awam.
Gara-gara terkejut selepas bertembung dengan seorang penduduk, dua lelaki bertindak meninggalkan mayat yang dibungkus dengan selimut di tepi Jalan Kasban, Meru, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, penduduk yang juga saksi berusia 20 an itu memaklumkan dia ternampak dua lelaki mengheret sesuatu untuk dibawa naik ke motosikal ketika melalui jalan berkenaan.
"Sebaik menyedari kehadiran saksi, suspek bertindak mengeluarkan parang menyebabkan saksi melarikan diri ke Balai Polis Meru untuk memaklumkan kejadian itu.
"Sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi dan menemui mayat seorang lelaki dibungkus selimut berada di tepi jalan tersebut," katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya suspek bertindak meninggalkan mayat di jalan berkenaan kerana khuatir perkara itu akan terbongkar.
"Kita juga percaya mayat itu mungkin terjatuh ketika dibawa dengan motosikal dan dua lelaki itu cuba mengangkatnya semula disyaki untuk dibuang ke tempat lain.
"Siasatan awal mendapati mangsa merupakan warga asing ekoran tidak terdapat suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG) di bahagian lengannya," katanya.
Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk dibedah siasat. "Hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman antaranya di dada, perut, belakang badan serta kecederaan di bahagian kepala.
"Kini polis giat mengesan dua suspek berkenaan bagi membantu siasatan," katanya. Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
Sumber : Sinar Harian

Ulang siar entri Dua Penjenayah Lari Tinggalkan Mayat Selepas Terkantoi Dengan Orang Awam. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment