Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar.

 On Wednesday, November 29, 2017  

Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar.

Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar.

Seorang lelaki yang dipercayai warga Indonesia diselamatkan oleh pekerja di pelantar selepas terkapai-kapai di tengah-tengah lautan China Selatan selama beberapa jam.



"Allahuakhbar, terjumpa orang hanyut tengah lautan," tulis Muhammad Effi di akaun Facebook miliknya semalam.

Effi turut berkongsikan beberapa gambar dan rakaman video detik-detik cemas ketika menyelamatkan mangsa yang terkapai-kapai di tengah lautan.

Menerusi ruangan komen, salah seorang pekerja yang turut menyelamatkan mangsa, Hafiz Rosli berkata mangsa yang diselamatkan itu sebenarnya menaiki 'bot pancung' untuk balik ke Batam bagaimanapun bot tersebut karam sebelum sempat tiba di destinasi.

Mangsa juga adalah seorang warga Indonesia, katanya lagi. Menurut Hafiz, mangsa sebelum ini kerja di Seremban sebelum berhajat pulang ke kampung halaman. Selain mangsa, isteri mangsa turut dilaporkan lemas. Malahan isteri mangsa dikatakan sedang hamil ketika ini.




Kenyataan saksi itu turut sekaligus menafikan kaitan mangsa dengan insiden kapal Thailand yang karam dan menyebabkan 6 anak kapal terkapai-kapai di lautan selama 12 jam sebelum diselamatkan.

Perkongsian Effi itu mendapat liputan meluas di media sosial dan menjadi tular sejak semalam. Setakat ini ianya telah dikongsikan sebanyak 20,000 kali sejak ia mula dikongsikan.

Dan tindakan oleh pekerja pelantar itu juga mendapat pujian ramai netizens yang mengikuti kisah berkenaan. SoZPress.



Ulang siar entri Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar. 4.5 5 Unknown Wednesday, November 29, 2017 Terkapai-Kapai Di Tengah Laut China Selatan, Lelaki Ini Akhirnya Diselamatkan Pekerja Pelantar. Seorang lelaki yang dipercayai warga In...


No comments:

Post a Comment