Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974.

 On Thursday, November 23, 2017  

Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974.

Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974.

Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sini, mempunyai kisah sejarah di sebaliknya sehingga tular dalam laman sosial, baru-baru ini.

Ia berikutan papan tanda yang tertera ayat  'Kubur lima beradik mangsa telur ikan kurau' sehingga menjadi tanda tanya kisah sebenar sebalik salah satu kubur yang mempunyai 10 batu nisan.


Namun, kejadian 43 tahun lalu itu masih segar di ingatan buat Makmor Kassim, 43, apabila adik-beradiknya meninggal dunia selepas memakan masakan telur ikan kurau.

Makmor yang kini bertugas di Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) merupakan adik bongsu kepada lima beradik berkenaan.

Menyingkap kembali kejadian menyayat hati pada 1 Disember 1974 itu, Makmor berkata, ketika itu dia baru berusia enam bulan dalam kejadian yang berlaku di Kampung Kandang, di sini.

Dalam kejadian itu, katanya, adik-beradiknya, Noraini Kassim, 11, Mohd Syukur, 8, Rohana, 6, Hijrah, 4, dan Norasyikin, 3, tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia selepas menikmati lauk asam pedas telur ikan kurau sebagai hidangan tengah hari.

Ekoran kejadian itu juga, katanya, bapa mereka, Kassim Alauddin dikejarkan ke hospital termasuk ibu mereka, Fatimah Hussein serta tiga adik-beradik Makmor dan beberapa orang lagi terdiri daripada ibu saudara dan sepupu mereka.

“Saya tidak berapa ingat sangat kejadian itu kerana baru berusia enam bulan.  Tetapi dari apa yang diceritakan ayah dan emak, ia benar-benar mengemparkan masyarakat pada masa itu.

“Kejadian itu sukar untuk kami adik-beradik lain lupakan apatah lagi emak. Dia selalu sebak bila kisah keluarga kami ini disebut kembali.  Mana ada ibu bapa yang tidak sedih apabila hilang lima anak sekali dalam satu masa,” katanya.
Menurutnya, daripada apa yang diceritakan, bapa mereka membeli telur ikan kurau untuk dijadikan lauk.

"Ia berpunca daripada telur ikan yang dikatakan beracun. Ada 11 ahli keluarga kesemuanya terlibat, termasuk beberapa mak saudara berhampiran yang makan asam pedas telur ikan itu. Malangnya, lima adik-beradik saya meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri. 

Yang lain menerima rawatan di hospital," katanya ketika ditemui wartawan Sinar Harian, semalam.

Makmor berkata,  meskipun kejadian itu sudah lama berlalu, tetapi ia tidak pernah terpadam di dalam ingatannya.

“Peristiwa itu lama, tapi bila saya meningkat dewasa, orang kampung masih ramai yang memanggil nama saya dengan nama Syukur. Sama dengan nama arwah abang, mungkin rupa saya ada iras-iras arwah.

"Selalulah juga saya jelaskan pada mereka, nama saya Makmor. Syukur itu nama abang saya.

“Sebagai tanda ingatan buat arwah abang dan kakak, saya beri nama anak saya yang berusia tiga tahun dengan nama Syukur. Anak perempuan yang berusia setahun sembilan bulan saya namakan Hijrah. Sebab saya tidak mahu nama mereka luput dalam ingatan,” katanya.

Makmor bagaimanapun berkata, ayah dan emak tetap menerima reda dengan ketentuan ALLAH.

“Selepas ayah kehilangan lima orang anak, ALLAH gantikan mereka dengan lima adik-beradik lagi yang lahir selepas itu,  sebagai pengubat kesedihan kedua ibu bapa kami," katanya.

Menurutnya, selain lima adik-beradik yang meninggal dunia itu, tiga lagi masih hidup kerana tidak ada masa kejadian iaitu Zakaria, kini berusia 55 tahun yang merupakan abang sulung; Rahmat, 54, dan Hamidah, 51.

Katanya, selepas kejadian itu, Norijah, 42, Norazmah, 40, Mohd Safri, 33,  Norhafizah, 32, dan Murni, 31, pula lahir.

“Enam orang adik-beradik kami masih menetap di Melaka termasuk saya. Seorang di Negeri Sembilan dan seorang di Singapura.

“Bagaimanapun ayah sudah meninggal dunia kira-kira 15 tahun lalu. Emak pula sudah uzur dan kini sudah berusia 76 tahun,” katanya.

Sumber : Sinar Online


Ulang siar entri Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974. 4.5 5 Unknown Thursday, November 23, 2017 Tragedi Telur Kurau Beracun - 5 Beradik Maut Pada Tahun 1974. Salah satu kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Lintang, di sin...


No comments:

Post a Comment