Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Terima Bantuan Banjir.
LELAKI warga emas meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) selepas terjatuh ketika ingin mengangkat tilam yang diterima dalam program bantuan untuk mangsa banjir di Kampung Permatang Rawa, 2.50 petang semalam lapor Harian Metro.
Dalam kejadian itu, Ismail Ahmad, 71, dari Kampung Paya, Tanah Liat, menghadiri majlis penyampaian sumbangan yang disempurnakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri.
Difahamkan, dia tiba-tiba terjatuh dari motosikalnya sebelum pengsan dan diberi rawatan kecemasan oleh jururawat yang kebetulan melalui kawasan itu.
Orang ramai termasuk Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Abdul Aziz Shek Ahmad dan beberapa kakitangan KKLW juga memberikan bantuan kepadanya.
Ismail kemudian dibawa ke HBM menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut namun meninggal dunia 4.15 petang dan jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tengah, Berapit hari ini.

Ulang siar entri Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Terima Bantuan Banjir. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment