Bekas Kakitangan MAS Rayu Sumbangan Orang Ramai, Rumah Bakal Dilelong, Kereta Bakal Ditarik..
Oleh : Annas Azizan
SAHABAT, SAYA MOHON JASA BAIK ANDA BACA POST INI - RAYUAN SUMBANGAN DANA UNTUK TERUSKAN HIDUP !
Assalamualaikum, salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia. Terlebih dahulu saya memohon maaf jika post ini bakal menyinggung hati dan emosi anda. Sudilah kiranya anda habiskan membaca sebelum anda menghentam, mengkritik atau menghakimi saya.
Saya perkenalkan diri sebagai Annas Azizan. Saya adalah bekas kakitangan MAS yang telah diberhentikan perkhidmatan pada 2015. Faktor utama yang menyumbang penamatan khidmat selama 12 tahun di MAS kerana masalah tulang belakang dan hampir lumpuh. Akibat kemalangan di tempat kerja, saya telah menjalani hampir 8 kali pembedahan pada tulang belakang sejak 2008 sehingga 2016. Failed back pain syndrome. Membuatkan keadaan lebih sukar di mana kami hilang punca mata pencarian apabila isteri saya turut diberhentikan kerana rekod cuti yang diambil kerana menjaga saya yang sakit.
Gambar - Annas Azizan |
Kini memburukkan lagi keadaan apabila saya disahkan menghidapi OCD ( Obsessive Compulsive Disorder ), atau bahasa Melayu mudahnya sakit mental. Terpaksa mengharapkan ubat ubatan depresi penenang untuk meneruskan hidup. Saya pernah terfikir untuk membunuh diri. Tetapi saya masih beragama. Itu bukan jalannya. Maaf, jangan terus mengadili atau bertanya kenapa saya tidak berusaha mencari kerja. Kes saya dibawah kendalian SOCSO.
Saya ada menerima bantuan bulanan RM200 untuk faedah hilang upaya kekal dan saya juga ada memohon pihak SOCSO lakukan pencarian kerja. Tetapi agak sukar bagi pihak mereka untuk dapatkan kerja yang bersesuaian disebabkan faktor keupayaan fizikal dan mental saya. Saya juga adalah pemegang kad OKU yang ada menerima bantuan RM100 setahun dari JKM dan juga baru memohon bantuan zakat.
Tujuan saya menaip post ini untuk merayu dana sumbangan dari anda rakyat Malaysia yang prihatin. Saya sudah tak punya apa apa. Rumah bakal dilelong, kereta bakal ditarik dan saya bakal dibankrupsikan oleh bank. Sedih terkenangkan di mana isteri dan tiga anak yang berusia 12, 9 dan 5 tahun mahu merempat. Saya tak kisah jika saya sahaja yang susah dan merempat. Kerana mengenangkan mereka saya terpaksa tebalkan muka dan merayu sumbangan dari anda, sahabat dan rakyat Malaysia yang prihatin. Saya bersujud dan memohon petunjuk dari Allah, dan inilah jawapan yang Dia berikan. Allah menguji saya dan ini juga ujian buat anda yang peduli.
Bantulah saya. Biar berapa pun sumbangan ikhlas anda sekecil RM1 tetap saya terima dengan penuh rendah diri. Bantulah saya dan keluarga untuk dapat meneruskan hidup. Setiap sumbangan anda in shaa Allah akan saya manfaatkan untuk memulakan perniagaan kecil kecilan.
Bagi anda yang tak mampu menyumbang, saya pohon jasa baik anda supaya SHARE dan bantu VIRALKAN posting saya ini. Jika itu sekecil kecil usaha yang anda mampu, Allah pasti membalas kebaikan anda. In shaa Allah. Terima kasih rakyat Malaysia.
TOLONG, BANTU SAYA !
Yang mengharapkan belas ihsan dan tak mampu berfikir lagi,
Annas Azizan
012-460 2352
012-460 2352
*Dengan rasa hina dan rendah diri saya sekeluarga ucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan tuan/puan. Akaun bank saya telah di block oleh bank sebab kekerapan transaksi. Mungkin selepas ini akaun bank isteri pula. Bagi yang ingin terus membantu menyumbang seikhlas mungkin bolehlah masukkan ke akaun kompeni trading saya dan isteri yang masih aktif belum ditutup lagi. Semoga Allah swt membalas jasa baik tuan/puan.
CIMB LIAFERRA TRADING 8602044892
Ulang siar entri Bekas Kakitangan MAS Rayu Sumbangan Orang Ramai, Rumah Bakal Dilelong, Kereta Bakal Ditarik.. bertujuan berkongsi bahan bacaan ringan dalam lingkungan rakan blogger dan jaringan sosial tanpa melibatkan sebarang keuntungan. Dengan penghargaan kepada Ameno World iaitu sumber atau penulis asalnya. Much more respect from Dop Paka Sikit Arang.
No comments:
Post a Comment